FamiliPermata Hati

6 Cara Didik Anak Supaya Jadi Lebih Berdikari

Cara Didik Anak - Woman Online Magazine

Kredit : parenting

Cara Didik Anak.Sebagai ibubapa sudah pasti kita ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Namun, cara memberikan yang terbaik itu adakalanya telah kita salahgunakan dengan memberikan layanan yang terlalu melimpah ruah!

Menyediakan segala keperluan anak-anak,mengemas bilik tidurnya, membersihkan sisa-sisa makanannya sehinggalah menemaninya ketika mahu tidur bukanlah perkara yang boleh anda lakukan buat selama-lamanya dengan alasan, anda terlalu menyayanginya! Cara didik anak anda supaya berdikari sebenarnya terletak pada diri anda sendiri.

Andalah yang membuatkan anak anda jadi berdikari.Ini adalah kerana semakin anda mempercayai diri sendiri, anda semakin untuk menunjukkan sikap yang boleh membantu atau mendidik anak anda berdikari.

Cara didik anak berdikari perlu ditunjukkan kepada anak sejak kecil lagi. Sungguhpun begitu, ramai ibubapa yang tidak tahu cara mendidik anak untuk berdikari.

Semoga beberapa tips atau cara didik anak berdikari yang diberikan ini boleh dipraktik agar anak anda boleh melepaskan sikapnya yang terlalu bergantung itu. Di samping itu, sebelum menasihati anak, anda harus yakin pada diri anda sendiri terlebih dahulu bahawa nasihat tersebut adalah demi kebaikan masa depan mereka.

 

1. Berhentilah Terlalu Melindungi Anak

Sebagai orang tua, selalunya kita tidak ingin melihat anak pergi sendiri ke sekolah kerana terlalu ingin melindungi. Tetapi, untuk mengasuh anak dan menjadikan mereka berdikari, kita perlu menahan sedikit naluri pelindung tersebut. Apatah lagi, jika kita cenderung bersikap terlalu mengongkong.Biarkan anak-anak menggunakan pengangkutan umum dan biarkan mereka berani keluar dan belajar mengambil risiko untuk diri sendiri.

 

2. Berikan Duit Belanja

Anda boleh memberikan anak anda duit belanja lebih untuk mereka memulakan sesuatu atau membeli sesuatu yang mereka mahukan.Tetapi, jangan berikan terlalu banyak sehingga membuatkan mereka berasa terlalu puas dan mudah. Pastikan bahawa mereka tidak kelaparan, dan ajarkan mereka tentang kehidupan ini. Betapa mereka perlu bekerja keras untuk mengharungi kehidupannya.

 

Baca Juga: Cara Tepat Menyimpan Duit Gaji

 

3. Dorong Anak Untuk Lebih Bertanggungjawab

Ajarkan anak mengenai tanggung jawab. Anda boleh memulaikannya dengan memberikan penjelasan tentang tanggung jawab. Anda boleh memberikannya tugas untuk mencuci piringnya sendiri setiapkali selepas makan pada hari-hari tertentu. Jika mereka melanggar peraturan, anda tidak perlu marah, cukup mengingatkan dengan tegas.

Selain itu, anda boleh mengajarkan mereka melakukan tugasnya sendiri. Dalam usia tertentu, anda tidak perlu lagi mencuci pakaian dan mengemas tempat tidurnya. Biarkan anak-anak membersihkan biliknya sendiri.

 

4. Berikan Mereka Ruang Untuk Mengeluarkan Pendapat

Pendapat anak mungkin sedikit berbeza dengan anda, tetapi apalah salahnya jika anda memberikan mereka ruang untuk mengutarakan pendapat mereka. Selain itu, anda juga boleh mendorong mereka untuk memberi pendapat atau berdebat dengan anda tentang beberapa perkara atau topik panas.Tetapi, berdebatlah secara sihat dan bukannya membawa kepada pertengkaran dan perselisahan yang berpanjangan.

 

Baca Juga: Masalah Anak Degil  & Mengatasi Anak Nakal

 

5. Biarkan Mereka Membuat Kesalahan

Jangan terlalu takut ketika mengetahui anak anda telah dihukum atau didenda kerana melakukan kesalahan, seperti gagal peperiksaan, tidak memotong kuku, tidak memakai tali leher dan sebagainya. Kebebasan itu mutlak. Tetapi, pastikan anda mengambil tindakan hukuman yang tepat untuk kesalahan yang telah dilakukan.

Jika anak anda gagal dalam peperiksaan, anda mungkin boleh mengurangkan sedikit duit belanja sekolahnya.Hukuman yang diberikan atau terpaksa mereka tanggung di atas kesalahan yang telah dilakukan haruslah relevan dan adil.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mempunyai anak untuk berkongsi panduan mendidik anak.

<< Ketahui tips merawat kulit bayi yang kering dan menggelupas di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Rahsia Kurus Dengan 6 Makanan Pembakar Lemak Di Perut

Next post

Inginkan Kelainan? Cubalah 5 Gaya Hijab Selebriti Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *