FamiliPermata Hati

Atasi Masalah Bayi Muntah Selepas Menyusu

Bayi Muntah Selepas Menyusu - Women Online Magazine

Foto: i.ytimg

Adakah anda biasa lihat atau mengalami sendiri bayi anda muntah selepas menyusu. Perkara biasa jika bayi muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan.

Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu adalah ‘menjeluak’ apabila susu ibu memancut dengan laju semasa refleks melepas, susu mengalir terlalu banyak, bayi minum terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus masih belum matang.

Tips Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu

  • Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi. Namun, kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah.
  • Mengiring atau meniarapkan semasa bayi masih terjaga. Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut.
  • Cuba menyusukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak. Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda.
  • Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
  • Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Bagi bayi yang memakai barut, cuba longgarkan atau tanggalkan.
  • Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup.
  • Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu.
  • Habiskan penyusuan di sebelah payudara terlebih dahulu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun telah tertidur. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
  • Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak disusukan banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko. Pelekap pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.
  • Sesetengah bayi lebih tenang apabila berada di payudara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi. Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
  • Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kembung seperti susu lembu dan kafein.
  • Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payudara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.
  • Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.

<< Ketahui 9 jenis makanan yang boleh memperbanyakkan air susu ibu di sini.

Previous post

Kenali Dengan Jelas Tanda-Tanda Kanser Payudara

Next post

Spritzer Bhd Lancarkan Kempen Komuniti - Air Mineral Sihat & Bersih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *