ProblemSihat

Pastikan Botol Susu Bayi Anda Bebas Racun Kimia. Semak Di Sini…

BOTOL SUSU TERBAIK - women online magazine

Si manja yang sihat bermula daripada pemakanannya.Makanan pertama bayi, sudah tentu susu ibu ataupun susu formula.

Jika anda memilih untuk memberikan bayi anda susu formula, sudah pasti pemilihan botol susu perlu dititikberatkan. Penggunaan botol susu terbaik adalah sangat penting bagi menjamin tumbesaran bayi sehingga dewasa.Kebanyakan ibu bapa kurang meneliti tentang penggunaan botol susu bayi. Harga botol susu bukanlah sesuatu yang perlu diambil kira jika ia tidak berkualiti dan tidak selamat untuk digunakan.

WOM.my ingin berkongsi beberapa tips ataupun  panduan memilih botol susu terbaik untuk si manja anda.Sebagaimana yang kita ketahui, botol susu diperbuat daripada bahan asas iaitu kaca dan plastik.  Masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangannya.Kelebihan menggunakan  botol susu yang diperbuat daripada bahan kaca adalah ia mudah dibersihkan selain tahan terhadap suhu yang panas sehingga tidak melarutkan bahan kimia berbahaya.

Di samping itu, kekurangan botol susu yang diperbuat daripada kaca ialah ia mudah retak dan pecah jika terjatuh.Kelebihan botol yang diperbuat daripada plastik pula adalah ia tidak mudah pecah atau retak, namun kekurangannya ialah ia tidak tahan panas dan boleh melarutkan bahan kimia berbahaya.

Kebanyakkan botol susu bayi adalah diperbuat daripada bahan asas seperti plastik yang mempunyai kualiti yang tinggi. Sehinggakan ia lebih tahan terhadap suhu panas dan tidak melarutkan bahan kimia berbahaya. Botol susu terbaik yang terbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi adalah selamat digunakan untuk si manja anda.

Cara mengetahui samada ia botol susu terbaik buat si manja anda adalah dengan melihat kod-kod tertentu yang tertera di bahagian bawah kemasan botol.

  • Botol susu terbaik yang selamat digunakan memiliki kod segitiga dan mempunyai tulisan huruf HDPE (high density polyethylene), atau LDPE (low density polyethylene), atau PP(polypropylene). Hindari kod-kod lain seperti PVC, PS, PET kerana ia tidak tahan suhu panas dan berbahaya. Botol susu jenis ini tidak disyorkan pada para ibu.
  • Sebaiknya pilihlah botol susu yang polos dan bukan yang dihiasi dengan gambar atau corak. Hindari juga botol susu yang mempunyai banyak aksesori.
  • Pilih botol susu yang mempunyai regulator. Jenis botol susu bayi ini sudah dikenali ramai dan lebih selamat digunakan. Ini adalah untuk mengelakkan bayi daripada mudah tersedak.
  • Pilihlah botol susu bayi yang telah direka khas mengikut umur. Ini adalah kerana botol susu jenis ini sesuai dan memudahkan bayi untuk memegangnya.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A’ (BPA), ia telah berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Bisfenol A atau BPA adalah sangat merbahaya kerana ia merupakan bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate). Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk lain antaranya ialah botol susu bayi, botol air mineral dan juga bekas makanan. Sejenis bahan kimia lain turut digunakan untuk menyaluti lapisan dalam makanan dan minuman tin.

Kesan botol susu BPA terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang

BPA ini dapat larut ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki tubuh badan anda. Jumlah dos Bisfenol A yang rendah di dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan bahan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Selain itu, BPA turut dikaitkan dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahan ini mudah larut. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia termasuk sabun pencuci. Air panas yang menggelegak boleh menyebabkan botol polikarbonat membebaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding jika ia terdedah kepada air sejuk atau air suam. Jadi, pilihlah botol susu terbaik buat si manja anda demi kesihatan dan keselamatannya.

Kredit foto: katalogibu

<< Ketahui perkembangan bayi usia lapan bulan di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kismis Bukan Sekadar Tingkatkan Daya Pemikiran Otak, Bahkan Buat Kulit Jadi Cantik

Next post

Jangan Sampai Jadi Lelaki Dayus!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *