ProblemSihat

Ketahui Kebaikan Jika Anda Cuci Gigi @ Scaling

Cuci Gigi - Women Online Magazine

Foto: static1

Rawatan cuci gigi atau scaling adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi dan tanda kotor pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya.

Bagi mereka yang merokok, amatlah sukar untuk membuang kotoran rokok iaitu nikotin tanpa menggunakan alatan khas pencucian gigi. Sekiranya anda seorang heavy smoker, tanda kotoran tersebut akan mula melekat semula sedikit demi sedikit walaupun selepas gigi di cuci.

Selepas gigi di cuci, anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, biasanya terasa seperti ada ruang. Ini adalah normal kerana bila karang sudah dibuang, anda akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang gigi.

Rawatan Cuci Gigi

Alat pencucian iaitu scaler merupakan kaedah rawatan penyakit gusi yang paling umum dan konservatif. Scaler adalah pembuangan karang gigi dan plak yang melekat di permukaan gigi. Proses ini selalunya menumpukan kawasan di bawah garis gusi di sepanjang akar gigi. Plak gigi lebih mudah melekat ke permukaan yang kasar. Disebabkan ini maka permukaan akar dilicinkan melalui satu proses yang dipanggil pengetaman akar atau ‘root planing’. Pengetaman akar membuang karang gigi yang tertinggal dan melicinkan permukaan akar gigi yang tidak rata.

Plak adalah bahan melekit yang penuh bakteria yang melekat di permukaan gigi. Bila ianya mengeras selepas jangka masa yang lama akibat campuran mineral dari air liur, ianya menjadi karang gigi juga dikenali sebagai tartar atau kalkulus.

Bakteria menyebabkan penyakit gusi. Plak dan karang gigi mengadakan permukaan tidak rata yang memudahkan bacteria melekat. Penskaleran dan pengetaman akar membuang permukaan ini. Pada peringkat awal penyakit gusi, scaler adalah mencukupi untuk merawat penyakit gusi. Ianya sangat berkesan untuk merawat keradangan gusi iaitu gingivitis. Pada peringkat lewat, scaler dan pengetaman akar kadangkala perlu digabungkan dengan pembedahan.

Pada peringkat awal penyakit gusi, scaler mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan rasa sensitif. Gusi boleh berdarah sewaktu rawatan dijalankan. Jika penyakit gusi sudah melarat, kesakitan boleh dirasai, oleh itu doktor pergigian boleh menyuntik anestesia setempat untuk menghilangkan rasa sakit.

Bagaimana Ia Dijalankan?

Scaler dan pengetaman akar dijalankan dengan alat scaler ultrasonik atau alatan tangan atau kombinasi kedua-duanya. Alat ultrasonik mempunyai dua komponen iaitu:

  • Tip logam tumpul yang bergetar pada frekuensi tinggi dan melonggarkan karang gigi dari permukaan gigi.
  • Sistem pengairan yang menyejukkan tip logam dan membersihkan karang yang sudah tertanggal dari permukaan gigi.

Peralatan tangan pula mempunyai hujung tajam yang mengorek karang dari permukaan gigi. Scaler dan pengetaman akar biasanya dijalankan pada satu rawatan bagi kes yang tidak teruk atau sederhana. Bagi penyakit gusi yang teruk, ianya mungkin perlu dijalankan berulang kali kerana perdarahan yang banyak menyukarkan doktor pergigian untuk memastikan semua karang dapat dibersihkan dalam satu rawatan.

Selepas Rawatan Cuci Gugi

Untuk beberapa hari selepas rawatan, gusi anda akan berasa sedikit sakit dan gigi mungkin berasa sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk atau panas. Doktor boleh memberikan ubat penahan sakit dan penggunaan ubat gigi sensitif akan disyorkan.

Jika perdarahan banyak doktor pergigian akan mencadangkan ubat kumuran berantiseptik untuk membantu gusi cepat sembuh. Walaubagaimanapun, pemberusan dan pemflosan gigi mestilah dijalankan dengan betul walaupun kurang selesa. Gusi akan berdarah bila diberus atau diflos buat beberapa hari tetapi dengan penjagaan kebersihan mulut yang baik, gusi anda akan beransur-ansur sembuh dan perdarahan biasanya akan berhenti dalam masa seminggu.

<< Ketahui tips mencegah gigi busuk dan cara untuk mengatasinya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Punca & Cara Merawat Bayi Cirit Birit

Next post

Kenapa Lelaki Suka Merajuk? Ketahui Tips Memujuknya Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *