FamiliPermata Hati

10 Kebaikan Bertungku Yang Wajib Ada Tahu

bertungku - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Bertungku.Selain bengkung dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar.

Bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim.Paling penting bagi wanita adalah ia dapat mengembalikan bentuk tubuh badan ke asal!

 

Apa Itu Bertungku

Amalan bertungku merupakan satu amalan tradisional yang penting ketika tempoh berpantang untuk merawat tubuh badan dengan menggunakan suatu alat yang digunakan untuk memanaskan tubuh badan seperti batu. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin kerana ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas serta membantu agar darah kotor tidak tertinggal di dalam rahim.

 

Tempoh Bertungku

Amalan ini sebaik-baiknya dijalankan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang dan berlangsung selama tempoh berpantang atau lebih.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku seperti membakar dan membalut tungku.

 

Baca Juga: Penyakit Gila Meroyan

 

Peralatan Bertungku

Batu Tungku

Batu tungku ialah sebiji batu sungai dengan bentuk, saiz , struktur dan berat yang tertentu.  Berat batu lebih kurang dua kilogram dan bentuk yang paling sesuai bagi ibu lepas bersalin ialah bujur seperti bentuk telur ayam.

Batu tungku akan dipanaskan di atas api lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana mengikut saiz batu. Kemudiannya ia dibungkus dengan daun herba seperti daun mengkudu, kantan, lengkuas dan sebagainya serta sehelai kain atau tuala bagi mudah dipegang semasa proses bertungku dijalankan.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Mengkudu

 

Golongan Yang Memerlukan Proses Bertungku

  • Wanita-wanita selepas melahirkan anak atau ketika berpantang bagi merawat serta memulihkan tubuh badannya sewaktu proses bersalin
  • Digunakan oleh warga tua dan individu untuk mengurangkan rasa sengal sengal badan.

 

Kebaikan Bertungku

  1. Mengecutkan sistem peranakan wanita dengan cepat
  2. Mengelakkan buasir
  3. Memecah lemak badan
  4. Menyegarkan badan
  5. Membaik pulih sistem urat saraf
  6. Dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin
  7. Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
  8. Memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah
  9. Memecahkan lemak
  10. Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal

 

Baca Juga: Penyakit Buasir

 

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

  • Bahagian Peranakan

Tujuan bertungku di bahagian peranakan ini adalah untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu dinaikkan ke atas dengan amalan bertungku  dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Dan proses ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir untuk mengelakkan kemudaratan.

Sekiranya peranakan tidak dinaikkan,ia akan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Lakukan proses bertungku di bahagian ini selama 25 minit.

 

  • Bahagian Badan

Bertungku di bahagian ini seperti  bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat hendaklah dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik dan juga membolehkan air susu keluar dengan lancar. Selepas itu barulah beralih ke bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.

Lakukan selama 5 – 10 minit sahaja.Proses bertungku diteruskan di bahagian ketiak kanan dan kiri, bahagian belikat kanan yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri selama beberapa minit.

Di bahagian tengkuk pula, proses bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

 

  • Bahagian Bawah

Bertungku di bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian.

Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Kesimpulan

Sememangnya amalan bertungku ini elok diamalkan oleh si ibu semasa dalam proses berpantang untuk mengembalikan bentuk badan anda yang asal. Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin.

Namun, dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi si ibu.

 

Nota Kaki: Cukup bermanfaat artikel ini, jadi SHARE lah artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<<Ketahui bantal mengandung yang sesuai untuk mengurangkan kesakitan terutama di bahagian belakang badan apabila berbaring

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Hari Ini… Jom Ke Karnival Produk OKU di PWTC

Next post

Ayuh, Raikan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya(OKU) 2015

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *