Ada Apa?Buletin

Hari Ini… Jom Ke Karnival Produk OKU di PWTC

kpkwm-karnival-produk-oku

OKU Malaysia. Sempena Sambutan Hari OKU 2015 yang berlangsung selama dua hari iaitu 2 dan 3 Disember ini, jom singgah di Ruang Legar, Aras 2, PWTC.

Sambutan yang diadakan selama dua hari ini memberikan makna yang cukup besar kepada golongan OKU di Malaysia. Selain dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar memberikan perhatian yang lebih terhadap golongan ini, ia juga mampu membuatkan warga OKU merasakan diri mereka turut dihargai serta dihormati.

Di samping itu, sambutan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kerajaan bahawa golongan OKU adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan tidak perlu diketepikan.

Justeru itu, kita sebagai masyarakat yang lebih bernasib baik atau bertuah, harus menerima golongan OKU atau orang kurang upaya ini tanpa perasaan prejudis dan ragu-ragu.

Antara objektif sambutan pada hari tersebut adalah untuk mempamerkan bakat, kemampuan dan kemahiran golongan OKU dengan memperkenalkan produk Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan OKU kepada orang ramai.

Selain mempromosikan produk melalui jualan produk PDK dan OKU yang memberi pengiktirafan kepada bakat OKU di PDK seluruh Malaysia serta mengintegrasikan penglibatan sosial OKU dengan masyarakat setempat.

 

Antara Aktiviti Menarik Pada Hari Ini…

➢    Pameran dan Jualan Produk PDK

 

➢    Demonstrasi Penghasilan Produk OKU

 

➢    Pameran Agensi Kerajaan & Swasta serta NGO

 

➢    Pameran Bilik Multi Sensori

 

➢    Pameran Model Pengangkutan Awam Mesra OKU

 

➢    Photobooth 3D OKU

 

➢    Pertandingan Talentime dan Persembahan OKU

 

Diharapkan sambutan pada kali ini mencapai objektif. Jadi, apa tunggu lagi, jomlah kita meriahkan karnival Produk OKU tersebut!

Maklumat lanjut layari http://www.kpwkm.gov.my

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahaya Garam Sangat Menakutkan!

Next post

10 Kebaikan Bertungku Yang Wajib Ada Tahu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *