Petua PemakananSihat

Jus Mengkudu Minuman Anti Kanser

jus mengkudu - women online magazine

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Buah mengkudu telah digunakan lebih 2000 tahun yang lalu dan kini telah dikomersialkan menjadi jus mengkudu.

Jus mengkudu telah dikenalpasti dapat mengubati pelbagai jenis penyakit samada dari segi dalaman dan luaran. Jus mengkudu juga mempunyai lebih daripada 150 fitonutrien. Apa lagi kebaikan jus mengkudu? Jom semak khasiat jus mengkudu di WOM.my.

1. Dapat Memulihkan PMS (Premenstrual Syndrome)

Kebanyakan wanita mengalami gangguan emosi menjelang menstruasi. Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh wanita. Buah mengkudu mempunyai zat yang boleh membantu menenangkan emosi dan menyebabkan anda tidak mengalami perubahan mood yang terlampau.

2. Membantu Menjaga Kesihatan Tulang

Jus mengkudu baik untuk pesakit osteoporosis karena kandungan asid kapril, metil asetil, morindin, morindone, morindadiol dan sorandiyiol mampu menguatkan kekuatan tulang. Pengambilan jus mengkudu secara teratur akan membantu anda dalam menjaga kesihatan tulang.

3. Cegah Kanser

Ancaman kanser pada wanita amat menakutkan sebagai contoh kanser payudara dan kanser serviks. Oleh itu, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan anti kanser. Jus mengkudu adalah sangat bermanfaat untuk anti kanser.

4. Rambut & Kulit Lebih Sihat

Jus mengkudu berguna dalam menjaga struktur rambut dan kulit.Anda boleh menggosok mengkudu yang telah dikupas di kulit kepala anda.

5. Mengatasi Hipertensi

Tekanan darah tinggi boleh diatasi dengan ramuan jus mengkudu. Caranya ialah dengan menyediakan 2 biji buah mengkudu dan satu sudu makan madu. Buah mengkudu dibuat jus, kemudian dicampur dengan madu. Ramuan ini diminum dua hari sekali.

6. Menghilangkan Sakit Perut

Khasiat buah mengkudu yang seterusnya ialah dapat menghilangkan sakit perut. Jika anda atau ahli keluarga terkena sakit perut, ambil 2-3 helai daun mengkudu yang telah dicuci bersih dan ditumbuk halus bersama sedikit garam. Rendamkan ke dalam air panas untuk diminum.

7. Mengubati Sakit Kuning

Bahan yang diperlukan ialah jus mengkudu dan sedikit gula. Minum 2 hari sekali.

8. Mengatasi Kulit Bersisik

Buah mengkudu yang sudah masak memiliki banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk kecantikan. Ambil buah mengkudu dan gosokkan di bahagian kulit yang bersisik, biarkan selama 5- 10 minit. Kemudian bersihkan dengan kain yang dibasahi dengan air panas.

Info Penting!
Berbeza dengan sari buah lain, sari buah mengkudu ini tidak rosak. Untuk tujuan perubatan, jus mengkudu sesuai diminum 2 sudu makan sahaja. Minum pada sebelah pagi iaitu sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Minum ketika perut masih kosong dan elakkan minuman beralkohol dan berkafein.

Sementara itu, pengambilan jus mengkudu adalah dilarang sama sekali bagi pesakit jantung kerana jus mengkudu boleh menyebabkan kadar denyutan nadi meningkat.

Buah mengkudu mempunyai rasa yang kurang enak. Ini adalah kerana buah mengkudu bukanlah terdiri daripada buah manis dan enak. Jadi, anda boleh mencampurkan sedikit madu bersama jus mengkudu. Namun jika anda tidak gemar minum jus mengkudu kerana rasanya yang kurang enak, anda boleh mencuba kerabu mengkudu.

Resepi Kerabu Mengkudu

Bahan-bahan:

  • 1 cekak pucuk mengkudu
  • 1 ekor ikan kembung direbus terlebih dahulu
  • sedikit lada hitam
  • 3 biji limau nipis diambil airnya
  • 3 ulas bawang merah dan satu labu bawang besar
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit santan

Cara Membuatnya:

1.Pucuk mengkudu dibersihkan dan direbus hingga masak(lembut), toskan dan potong halus-halus.

2.Ikan kembung rebus diasingkan isinya dan ditumbuk tidak terlalu lumat.

3.Bawang merah dan bawang besar dimayang halus.

4.Gaulkan bahan-bahan ini bersama santan hingga sebati.

5.Tumbuk lada hitam hingga lumat dan gaulkan ke dalamnya. Masukkan sedikit gula dan garam.

6. Gaul sebati. Perah air limau nipis ke dalam campuran tadi dan gaul sebati.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit foto: reps-id

<< Ketahui pelbagai khasiat manggis termasuk kulitnya yang pahit itu di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jus Manggis Cegah Pertumbuhan Sel Kanser?

Next post

Antara Kebaikan Soya, Mampu Mengurangkan Garis-Garis Kedutan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *