CantikKulit

Tips Cerahkan Wajah Daripada Terus Kelihatan Kusam Serta Berminyak

Cara-mencerahkan-wajah-woman-online-magazine

Kredit : luxissimo

Mempunyai kulit wajah berminyak biasanya lebih mudah berjerawat dan berbintik-bintik hitam.Wajah yang berminyak juga boleh membuatkan wajah nampak kusam.

Ini adalah kerana minyak yang berlebihan telah membuatkan kulit kelihatan kasar, pucat, kusam dan kurang anjal.Cara mencerahkan wajah kusam dan berminyak dengan cara sederhana ini lebih selemat buat kesihatan wajah anda.

Berikut beberapa cara mencerahkan wajah secara semulajadi yang boleh anda cuba untuk tampil sihat dan cantik.

  1. Rutin Mencuci Wajah

Jika mahukan wajah yang cerah dan tidak berminyak, paling kurang anda perlu mencuci muka sebanyak dua kali pada setiap hari. Waktu yang paling baik untuk mencuci muka adalah setelah bangun tidur dan sebelum tidur. Ketika mencuci muka, pastikan anda melakukan sedikit urutan di wajah. Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang tidak mengandungi terlalu banyak buih dan pewangi supaya kulit tidak menjadi kering. Anda harus menjaga kulit wajah agar kekal dalam keadaan lembab.

  1. Toner

Selepas mencuci wajah, tepuk-tepuk wajah anda dengan toner yang bebas daripada kandungan alkohol. Ini adalah kerana kandungan alkohol akan membuatkan pengeluaran minyak di wajah menjadi bertambah akif. Jadi, pilihlah toner yang mengandungi air (hidro) dan boleh mengecilkan liang pori-pori.

  1. Pelembab

Meskipun wajah anda berminyak, itu bukan bermakna anda tidak perlu memakai pelembab. Sebaiknya lembabkan kulit anda dengan pelembab yang mengandungi air (hidro), dan bukannya pelembab yang berminyak. Anda disarankan menggunakan pelembab khas untuk kulit wajah berminyak.

  1. Perbanyakkan Pengambilan Air Putih

Air putih sememangnya cukup bermanfaat dalam menjaga kesihatan organ tubuh termasuk dalam menjaga kesihatan kulit. Air dapat mencegah dehidrasi dan menjaga kebersihan tubuh. Orang yang banyak minum air putih biasanya akan memiliki kulit wajah yang kelihatan segar dan sihat. Cubalah minum air putih paling kurang 18 gelas sehari, dan anda boleh melihat perubahan di wajah anda. Wajah anda akan kelihatan semakin segar dengan semulajadi.

  1. Hindari Stress

Stress merupakan salah satu penyebab mengapa kulit anda kelihatan kusam dan kering. Cuba hindari perkara-perkara yang dapat membuatkan anda menjadi stress. Jangan terlalu sibuk bekerja, sebaliknya cuba luangkan juga waktu untuk ‘refreshing’.

  1. Bersenam Secara Teratur

Cara mendapatkan kulit wajah yang cerah dan sihat adalah dengan rajin bersenam.Badan yang sihat akan membuatkan jiwa anda juga menjadi sihat dan ianya akan terpancar jelas di wajah anda. Biasakan diri untuk bersenam, paling kurang tiga kali seminggu supaya otot-otot serta kulit menjadi sihat. Senaman ringan seperti berjalan, melakukan peregangan dapat membuat kulit menjadi lebih anjal. Selain itu, rajin bersenam juga akan membuatkan racun-racun yang ada di dalam tubuh dapat dikeluarkan bersama peluh. Dengan terbuangnya racun bersama peluh akan membuatkan kulit anda menjadi cerah, berseri dan sihat.

  1. Pakai Krim malam

Salah satu cara mencerahkan wajah serta merawatnya adalah dengan memakai krim malam secara teratur. Krim malam bermanfaat untuk memerintahkan kulit dalam meregulasikan kandungan air sehingga kulit kelihatan sihat, cerah dan segar serta bebas daripada minyak berlebihan.

  1. Guna Putih Telur

Cara mencerahkan wajah yang boleh anda cuba adalah memakai masker semulajadi daripada putih telur sebelum anda tidur.Sapukan putih telur ke semua permukaan kulit wajah.Biarkan kering dan keesokan pagi barulah anda membersihkannya. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, lakukan cara mencerahkan wajah ini secara teratur dan berterusan. Kulit wajah anda pasti akan kelihatan lebih cerah, segar dan anjal.

  1. Ais Batu

Anda boleh juga menggunakan ais batu untuk menghaluskan dan mencerahkan wajah. Anda hanya perlu mengosok-gosokan ais batu pada wajah.

Selain itu, anda boleh juga mencampurkan mentimun (sudah dikisar- bekukan) dengan ais batu.Gosok campuran yang sudah beku itu pada wajah. Lakukan dengan rutin seminggu sekali. Campuran tersebut berfungsi sebagai ‘exfoliating scrub’ yang bermanfaat mencerahkan kulit wajah.

<< Ketahui cara paling mudah untuk membersihkan wajah di sini.

 

 

 

 

Previous post

7 Khasiat Kacang Hijau Yang Berguna Untuk Kesihatan Tubuh

Next post

Air Perahan Lemon, Banyak Manfaatnya!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *