DietSihat

3 Langkah Kurus Lebih Cepat Dengan Diet Air Putih!

air putih - woman online magazine

Kredit Foto: ummi-online

Diet Air Putih. Air putih atau air masak merupakan salah satu minuman segar dan menyihatkan untuk seluruh anggota tubuh.

Seluruh organ tubuh manusia memerlukan cecair atau air dalam jumlah yang mencukupi untuk menyokong pelbagai aktiviti yang dilakukan. Diet boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan banyak minum air putih.

Diet menggunakan air putih ini ternyata cukup mudah, anda hanya perlu mengatur pola minuman tanpa perlu melakukan senaman yang mengeluarkan banyak peluh.

 

Baca Juga: Makanan Pembakar Lemak

 

Program diet yang tepat pun belum tentu akan menghasilkan berat badan sepertimana yang anda  inginkan. Jadi, tak ada salahnya jika anda mencuba diet air putih ini untuk menurunkan berat badan anda.

Berikut beberapa langkah yang tepat yang perlu anda lakukan dalam diet air putih.

 

1. Ubah ‘Mindset’ Anda

Cuba hilangkan cara anda berfikir tentang berat badan. Hilangkan fikiran bahwa anda gemuk dan tidak cantik dalam diri anda. Kebanyakan orang yang berhasil dalam melakukan diet adalah mereka yang memiliki ‘mindset’ yang tepat.Sepatutnya diri anda sendirilah yang mengawal pemikiran bahawa badan anda memang langsing dan anda boleh memakai apa sahaja pakaian yang anda mahu, tanpa merasakan diri anda gemuk!

 

Baca Juga: Gemuk Air

 

2. Cari Mentor Ketika Berdiet

Mentor yang tepat dalam membantu program diet anda sedikit sebanyak akan membantu.Mentor tersebut akan memberikan pandangan, arahan ataupun nasihat kepada anda tentang pengambilan zat  tepat serta jadual pemakanan yang seimbang. Itulah sebab pentingnya ada mentor ketika anda sedang menjalani diet dengan cara diet air putih.

 

3. Cuba Kombinasikan Diet Air Putih

Selain pengambilan air putih yang banyak pada setiap hari, tentu saja anda perlu mengubah beberapa pola hidup dan pola makan yang biasa dijalani.Diet air putih bermakna ada hanya minum air putih sahaja tanpa mengambil minuman lain seperti kopi, susu, minuman bersoda atau jus buah-buahan yang mengandungi gula. Namun, anda boleh mengabungkan makanan-makanan lain  dalam diet air putih tersebut, contohnya:

 

  • Bertukar ke karbohidrat kompleks, seperti nasi merah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak garam.
  • Menjauhi dan menghindari segala jenis makanan yang boleh membuatkan anda menajdi lebih gemuk.
  • Membakar lebih banyak kalori dengan bersenam atau berjalan kaki.

 

Baca Juga: Cara Terbaik Bakar Kalori

 

Kesimpulan

Bagi menjayakan program diet air putih ini, anda perlu lebih banyak menanam fikiran anda dengan lebih kerap dan banyak minum air putih.Jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan lupa hindari segala perkara yang berpotensi untuk menggemukkan badan anda. Selamat mencuba!

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Buang lemak di perut dalam masa 7 hari. Baca di sini.

Previous post

15 Titik Ghairah Lelaki!

Next post

Resepi Ketam Bercili Garing

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *