CantikKulit

9 Kebaikan Vitamin E Untuk Lebih Sihat Dan Cantik

kebaikan vitamin e - women online magazine

Kredit Foto: trivettham

Kebaikan Vitamin E. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam, selain dari luaran. Selain Vitamin C yang punya sejuta manfaat, kebaikan Vitamin E juga tidak kurang hebatnya. Ia sering menjadi pilihan ramai penggemar vitamin, khususnya kaum wanita.

Ramai memilih untuk mengambil vitamin E terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan kulit dan wajah. Di samping mencantikkan kulit wajah,ia boleh boleh membuatkan wajah si pengamal berseri-seri. Malah, Vitamin E ini juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia merendahkan paras kolesterol.

Jom kita fokus kelebihan Vitamin E untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan

1. Pelindung Sel Darah Merah

Kelebihan Vitamin E yang kebanyakan orang tidak tahu adalah ia dapat melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat,bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas.

 

2. Ketahanan Tubuh

Kelebihan Vitamin E juga adalah ia dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan, membantu mengatasi tekanan,meningkatkan kesuburan,meminimumkan risiko kanser dan juga penyakit jantung.

 

3. Antioksidan

Semua Vitamin E adalah antioksidan dan banyak terlibat dalam proses membantu tubuh melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas.

 

4. Mengatasi Masalah Pre-Menstrual

Bagi anda yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, kelebihan Vitamin E akan membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

 

Kebaikan Vitamin E Untuk Kecantikan

5. Mencegah Kedutan

Kelebihan Vitamin E yang lain adalah ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran kolagen,iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.

 

Baca Juga: Cara Tegangkan Kulit Muka

 

6. Menghilangkan Parut

Parut selalunya terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan dan juga akibat jerawat. Kelebihan Vitamin E ini adalah ia mampu mengurangkan kesan parut kerana ia akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan kulit.

 

Baca Juga: 8 Petua Hilangkan Parut

 

7. Mengurangkan Jeragat

Jeragat pada kulit berpunca oleh penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Apabila minyak Vitamin Edisapu pada jeragat yang terdapat pada kulit, ia akan membantu melicinkan kulit kasar dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.

 

8. Kutikel

Vitamin E adalah satu rawatan berkesan untuk kutikel kering dan merekah. Minyak Vitamin E akan melembabkan dan juga mengurangkan masalah kuku dan kutikel kering

 

9. Mencerahkan Kawasan Aerola

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pastinya kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran,ia akan membuatkannya menjadi semakin gelap.

Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten,ia akan membantu kawasan gelap tersebut mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Malah parut stretch mark juga akan semakin pudar.

 

Sumber makanan yang mengandung vitamin E cukup banyak dan bervariasi dan bukan saja dari jenis kacang-kacangan tetapi juga daripada sayuran dan buah-buahan.

Antara senarai sumber makanan yang mengandungi Vitamin E adalah:

  • Kacang Almond.
  • Kacang Tanah.
  • Kacang Pinus.
  • Paprika Merah.
  • Biji Bunga Matahari.
  • Buah Zaitun.
  • Aprikot Kering.
  • Buah Kiwi.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya.

<< Ketahui risiko jika anda tidak memakai pelembab muka di sini.

Previous post

9 Tips Cari Duit Lebih

Next post

6 Cara Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 20, 2017 at 7:52 am — Reply

    Rupanya vitamin e bukan sekadar merawat parut dan jeragat sahaja. Banyak lagi kelebihan vitamin e yang tidak diketahui. Terima kasih di atas info yang diberikan. Mohon share jugak ye.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *