CantikRambut

Cara Melambatkan Uban Tumbuh di Kepala

cara melambatkan uban tumbuh di kepala - women online magazine

Rambut beruban merupakan perkara yang normal di hadapi oleh anda apabila umur sudah meningkat. Jom baca cara mengatasi uban..

Uban semakin memutih di kepala? Aduh… malunya! Jika anda wanita yang bertudung, bolehlah sembunyikannya di sebalik hijab yang dipakai. Kalau tak, keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa malu serta rendah diri. Muda-muda lagi sudah nampak macam orang tua hanya disebabkan uban yang memutih di kepala!

Selain faktor keturunan dan stres, gaya hidup dan pola makanan yang tidak sihat juga menjadi punca uban mudah tumbuh. Tapi tahukah anda, pengambilan makanan yang sihat sebenarnya dapat membantu kita menangkis uban. Sekurang-kurangnya mampu memperlambatkan lagi proses pertumbuhan uban di rambut.

Apa yang patut anda buat adalah pilih makanan yang mampu memperlambatkan proses pertumbuhan uban. Cara mudah sahaja:

1) Lebihkan Pengambilan Sayuran Hijau

Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin B6 dan B12 yang semulajadi. Kedua nutrisi ini diperlukan untuk menjaga agar rambut tetap sihat. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dikatakan sebagai sumber vitamin B yang baik. Pengambilan sayuran hijau ini dapat membantu melambatkan proses tumbuhnya uban di rambut.

2) Coklat

Bukan setakat rasanya yang enak, tapi coklat juga baik untuk kesihatan. Coklat kaya dengan kandungan yang boleh menghasilkan melanin di rambut. Sel-sel melanin bermanfaat untuk meningkatkan produksi warna rambut sehingga dapat mencegah datangnya uban.

3) Buah-buahan si keluarga Beri

Buah-buahan seperti strawberi, rasberi dan cranberi sangat kaya dengan vitamin C. Vitamin ini bukan setakat bermanfaat untuk menyihatkan rambut, tetapi juga mampu mencegah datang uban dan tanda-tanda penuaan semulajadi yang lain.

4) Salmon

Salmon adalah jenis ikan yang disukai oleh ramai orang. Ia turut dikenali sebagai makanan laut yang baik untuk melawan kedatangan uban. Salmon juga merupakan sumber semulajadi selenium, hormon yang mampu mempertahankan warna semulajadi rambut.

5) Kacang Almond

Kacang almon merupakan salah satu jenis kekacang yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Ia kaya dengan vitamin E dan tembaga yang dapat mencegah uban serta menyihatkan rambut.

6) Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mempunyai kandungan mineral dengan jumlah yang tinggi. Mineral ini mampu memproduksi dan mempertahankan melanin di rambut sehingga boleh mencegah kedatangan uban. Mungkin anda boleh pilih syampu dan juga perapi yang mempunyai kandungan biji bunga matahari.

7) Soya

Produk olahan susu ini kaya dengan vitamin B, B6 dan B12. Ketiga-tiga vitamin ini penting untuk produksi sel darah merah. Sel darah merah baik untuk mendorong oksigen dan nutrisi ke kulit kepala sehingga uban pun tidak mudah tumbuh.

<< Jom ketahui cara mengatasi rambut gugur di sini..

Previous post

Teknik Diet Sihat Sepanjang Ramadan

Next post

Kenali 4 Punca Kenapa Berlakunya Strok

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

5 Comments

  1. April 30, 2014 at 5:57 am — Reply

    Tips semacam ini memang berguna,thanks.

  2. April 30, 2014 at 11:46 am — Reply

    ada orang yang umur belasan atau 20 an tahun dah mula ada tumbuh uban, mungkin tips ni boleh membantu, insyaAllah.

    • April 30, 2014 at 12:02 pm — Reply

      Terima kasih di atas komen yang di berikan semoga memberi manfaat kepada yang memerlukan..

  3. April 30, 2014 at 1:39 pm — Reply

    Adehhh.. dah beruban pun. Terlambat lak baca tips sebegini.

  4. syud
    October 18, 2017 at 1:46 am — Reply

    tips tips ni memang best . mintak izin pinjam tips2 ni . terima kasih 👍😊

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *