CantikKulit

Kenapa Mesti Pakai Krim Malam? Ketahui Manfaatnya Di Sini!

krim malam - women online magazine

Untuk mengekalkan kecantikan wajah bukan hanya sekadar membersihkan wajah dari kotoran tetapi juga dengan pemakaian krim malam.Krim malam berfungsi untuk memberikan nutrisi pada kulit untuk memulihkannya dari menghadapi stress pada setiap hari.

Memakai krim malam sebelum tidur dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit dan mendorong pemulihan kulit secara optimal. Tanpa nutrisi yang sesuai dengan keperluan kulit, sudah pasti kulit  wajah anda akan tampak kering dan letih.Mengapa kita harus memakai krim malam? Ia sangat penting kerana ketika malam, kulit akan berehat dan bahan aktif dalam krim malam mudah untuk meresap masuk ke dalam lapisan kulit. Krim malam biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu krin malam sebagai anti penuaan dan krim malam untuk member kelembapan pada kulit.

Krim ini lebih dikenali sebagai krim anti-aging dan firming. Krim malam jenis ini biasanya mengandungi kandungan bahan seperti retinol, glycolic acid, asid asetat dan retinil salicyclic. Kesemua bahan ini membantu menyingkirkan kulit mati dan menggantikan dengan kulit yang baru.

Krim malam anti penuaan dapat memelihara kulit dari kedutan dan garis-garis halus. Kulit akan bertambah anjal serta memperbaiki sel kulit yang terkena sinaran matahari pada siang hari.

  • Krim Malam Untuk Memberi Kelembapan

Krim malam jenis ini memberikan kelembapan ekstra yang disebut sebagai ‘‘ultra-hydrating’ dan ‘deep nourishing’. Ia membantu memberikan kelembapan kulit secara semulajadi yang telah hilang.

 

Apakah perbezaan antara krim siang dan krim malam?

Bahan yang membezakan antara krim siang dank krim malam ialah kandungan SPF. Krim siang lebih kepada kandungan SPF untuk melindungi kulit wajah dari terkena sinaran matahari sepanjang hari.Berbeza dengan krim malam, anda akan mendapati ia lebih berminyak dan lebih berat. Ini adalah kerana pada waktu malam kulit anda memerlukan kelembapan yang berpanjangan.

 

Bahan-bahan yang terkandung di dalam krim malam:

Vitamin A memiliki fungsi untuk merangsang kolagen sehingga kulit menjadi lebih kenyal serta merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menggantikan sel-sel kulit mati. Ia juga dapat mengatasi peradangan dan menghalang pertumbuhan sel yang menyebabkan kanser. Vitamin B pula mengandung antioksidan untuk menjaga kekebalan tubuh, melindungi sel, merangsang pertumbuhan sel, dan bersifat sebagai anti radang.

Vitamin C berguna untuk mencerahkan kulit dan mengatasi permasalahan kulit kusam. Manakala vitamin E berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangi tanda-tanda penuaan.

  • Alpha Hydroxyl Acid (Aha)

Selain daripada berfungsi sebagai ejen pengelupasan kulit, ia juga mengandungi ejen melembapkan kulit dan memastikan kulit tidak kering. AHA mengandungi bahan antioksidan yang berguna untuk menghalang radikal bebas serta menjaga system kekebalan tubuh. AHA sering ditemui dalam pembersih wajah dan pencuci wajah.

Fungsi utama hidrokuinon adalah sebagai bleaching atau pemutih. Hidrokuinon sangat merbahaya pada kulit apabila penggunaan kadarnya berlebihan atau tidak sesuai dengan keperluan kulit. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dengan produk pemutih yang mempunyai kadar hidrokuinon tinggi serta memberikan kesan dengan cepat.

 

Cara Memakai Krim Malam Yang Tepat:

– Bersihkan wajah terlebih dahulu untuk menyingkirkan minyak dan kotoran supaya krim malam dapat meresap secara maksima.

– Sapukan 30 minit sebelum anda tidur agar ia dapat meresap ke dalam kulit dan bukannya menempel pada bantal.

– Teknik sapuan

Anda disarankan untuk menyapukan krim malam secara nipis dan tidak terlalu tebal. Sapukan secara rata pada seluruh wajah.

– Hindari bahagian tertentu

Terdapat sesetengah bahagian pada wajah yang tidak digalakkan untuk disapu krim malam. Antaranya ialah di bahgian bawah mata, lipatan hidung, sudut bibir dan juga lipatan bawah bibir kerana bahagian tersebut mempunyai kulit yang agak nipis dan mudah mengalami pengelupasan.

– Bersihkan wajah pada setiap pagi

Setelah bangun dari tidur, anda perlu mencuci wajah dan membuang sisa- sisa krim malam agar ia tidak bercampur dengan krim siang yang bakal anda gunakan. Gunakan pembersih atau pencuci wajah.

Kredit foto: fyiliving

<< Ketahui kebaikan memakai serum vitamin C di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Mandikan Si Manja Yang Baru Lahir Dengan Selamat

Next post

10 Tempat Makan Yang Memang Berbaloi Sedap Di Shah Alam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 6, 2015 at 4:43 pm — Reply

    […] Penggunaan Krim Malam […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *