Petua PemakananSihat

7 Khasiat Kacang Hijau Yang Berguna Untuk Kesihatan Tubuh

Khasiat Kacang Hijau - woman online magazine

Kredit : pixabay

Anda penggemar kacang hijau?Jika ya, anda memang sangat beruntung. Ini kerana terdapat banyak khasiat kacang hijau buat tubuh kita.

Kacang hijau terkenal sebagai sumber protein sayuran dengan kadar protein yang tinggi. Selain itu, kacang hijau juga mengandungi mineral, fosfor dan kalsium. Bahkan, sehingga kini, kacang hijau masih lagi menjadi menu makan yang menyihatkan.

Berikut antara khasiat kacang hijau bagi kesihatan:

  1. Kaya Serat

Kandungan serat dalam 100 gram, kacang hijau sebesar 7,6 gram serat. Jumlah ini dapat memenuhi keperluan serat harian sebanyak  30 peratus. Serat bermanfaat dalam menjaga fungsi saluran penghadaman, mencegah sembelit dan membantu menurunkan kolesterol.

  1. Mengandungi Omega-3

Kacang hijau juga diperkaya dengan Omega-3.Asid lemak essential ini berguna untuk menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.

  1. Kaya Protein

Kacang hijau boleh menjadi sumber protein alternatif bagi para vegetarian. Protein dalam kacang hijau memiliki profil asid amino lengkap dan dapat diserap oleh tubuh dengan lebih cepat. Protein berguna dalam membantu pembentukan sel-sel otot, mempercepat pemulihan, meningkatkan daya ketahanan tubuh serta membantu anda yang berdiet untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

  1. Mencegah Anemia

Diperkaya dengan zinc dan zat besi menjadikan kacang hijau sebagai makanan pilihan untuk mengatasi anemia, membantu keseimbangan hormon dan sistem kelenjar serta menjaga metabolisme tubuh.

  1. Kaya Vitamin & Mineral

Kacang hijau mengandungi asid folat riboflavin, B6, asid pantothenat serta niasin, yang berguna untuk membantu fungsi metabolisme dan organ tubuh.Selain itu, kacang hijau juga kaya dengan mineral.

  1. Meningkatkan Penyerapan Nutrisi

Kekurangan vitamin B1 menyebabkan metabolisme menjadi lambat sehingga proses penyerapan nutrisi dari makanan tidak berjalan dengan sepatutnya. Kandungan vitmain B1 dan enzim-enzim aktif pada kacang hijau dapat memperbaiki keadaan ini dengan meningkatkan penyerapan nutrisi dan metabolisme tubuh.

  1. Mencegah Penyakit Jantung

Kacang hijau mengandungi serat tinggi yang berfungsi membersihkan saluran penghadaman. Selain itu serat yang terdapat dalam kacang hijau ini juga turut memainkan peranan dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh, sehingga efektif untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke.

Info Ekstra!

Kacang hijau juga berkhasiat untuk para ibu yang sedang mengandung. Kacang hijau mengandungi asid folic yang penting untuk menghindari terjadinya kelainan jantung pada bayi, bibir sumbing dan pelbagai kecacatan lain. Selain itu, ia juga baik untuk perkembangan saraf pada bayi dalam kandungan serta dapat meningkatkan kecerdasan bayi.

<< Ketahui kebaikan serta khasiat buat ceri di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penyebab Utama Gigi Berlubang

Next post

Tips Cerahkan Wajah Daripada Terus Kelihatan Kusam Serta Berminyak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *