CantikKulit

9 Manfaat Serum Muka

Serum Muka - Women Online Magazine (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: i.huffpost

Serum Muka. Di dalam dunia kecantikan, terdapat pelbagai jenis produk penjagaan wajah, salah satunya adalah produk serum muka.

Kini pelbagai jenis produk serum ditawarkan bermula dari harga yang rendah hingga tinggi yang sentiasa menjadi pilihan.Sebagai pelanggan, sebelum anda memutuskan untuk membeli serum kecantikan, ada baiknya mengetahui tentang fungsi dan manfaat serum tersebut.Serum muka merupakan zat cair yang formulanya terdiri dari asid amino, air dan emulasi yang biasanya terdapat berbagai formula penyokong sehinga serum boleh meresap ke dalam lapisan dalam kulit, molekul dari formula zat tersebut merupakan zarah kecil dan cara kerja nya akan jauh lebi tinggi 10x ganda dari krim wajah biasa.

 

Baca Juga: Kebaikan Pelembab Muka

 

9 Manfaat Serum Muka

  1. Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal.
  2. Melembabkan kulit wajah.
  3. Menyamar kedutan pada wajah hingga leher.
  4. Melambatkan proses penuaan.
  5. Melicinkan serta mencerahkan warna kulit.
  6. Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
  7. Menutrisikan kulit.
  8. Mencegah pengaruh buruk pencemaran udara dan sinar matahari.
  9. Menghilangkan flek pada wajah.

 

Jenis-jenis Serum Muka

Manfaat serum yang mengandungi vitamin E adalah sebagai antioksidan. Khasiat antioksidan ini diperolehi daripada vitamin E kerana vitamin E mencegah terbentuknya lipofuscin, suatu lemak yang teroksida yang menghalang proses penuaan. Selain itu, vitamin E juga berkhasiat sebagai pelembab kulit. Pemakaian serum vitamin E secara rutin akan mempertahankan kelembapan kulit secara semulajadi. Ia juga melindungi kulit dari bahaya pencemaran alam sekitar seperti asap rokok atau cahaya matahari.

 

Kolagen merupakan komponen protein pembentuk struktur kulit, otot dan saluran darah. Secara semulajadi, kandungan kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurang seiring bertambahnya usia. Ketika kolagen beransur-ansur berkurang, keanjalan dan ketegasan kulit juga akan berkuang. Untuk itu, serum kolagen diperlukan untuk membantu menjaga ketegangan kulit.

 

Jenis serum vitamin C paling banyak dipakai. Serum ini berfungsi sebagai antioksidan serta berperanan sebagai kolagen untuk melambatkan proses penuaan. Serum vitamin C bagus digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam. Selain itu, kandungan vitamin C dalam serum juga bersifat sebagai antiradang. Untuk tujuan mencerahkan atau memutihkan kulit serta untuk mencegah proses penuaan gunakan serum berkadar vitamin C yang rendah.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui kebaikan jika anda memakai krim mata di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Jenis Makanan Percepatkan Proses Kehamilan

Next post

Resepi Sup Tulang Power

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *