CantikKulit

4 Cara Putihkan Muka Dari Dalam Tubuh!

cara putihkan muka - women online magazine

Kredit Foto: astylecourse

Cara Putihkan Muka.Teringin muka nampak putih, cerah, berseri-seri tanpa sebarang kedutan?Pastilah teringin dan mahu!

Bahkan mendapatkan wajah putih menggunakan produk-produk kecantikan sering menjadi alternatif bagi kebanyakan wanita yang ‘supersibuk’, tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perawatan sendiri di rumah.

Memang ada banyak cara untuk mendapatkan wajah atau badan yang putih. Lebih lagi, dengan lambakan produk-produk pemutihan muka berada di pasaran yang tidak pernah surut. Tetapi, tahukan anda bahaya-bahaya yang menanti jika produk-produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit serta menjejaskan kesihatan?

Jika anda benar-benar mahu muka nampak putih sebaiknya cubalah cara putihkan muka dari dalam tubuh. Nak tahu macam mana? Jom, semak apa yang perlu anda lakukan.

 

Cara Putihkan Muka Dari Dalam Tubuh:

1. Perbanyakkan pengambilan sayuran hijau dan ikan salmon. Kandungan lemak dalam ikan salmon boleh menyebabkan sel kulit bekerja dengan cepat.

 

Baca Juga: Makanan Kesihatan Wanita

 

2. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C. Khasiat daripada vitamin C untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit.

 

3. Perbanyakkan minum air putih kerana ia akan menjaga kulit anda agar tetap lembab dan sihat.

 

4. Ambil vitamin yang mengandungi vitamin E yang dos tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk keanjalan kulit serta mencegah penuaan semulajadi.

 

Baca Juga: Kebaikan Vitamin E

 

Dalam keghairahan anda untuk memiliki wajah yang putih berseri, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian:

  • Untuk menjaga keindahan kulit wajah, anda harus rajin membersihkan muka setelah melakukan aktiviti luar serta sebelum tidur. Pilihlah pembersih muka yang terdiri daripada susu pembersih, kemudian jangan lupa pakai toner (penyegar).

 

Baca Juga: Toner Muka

 

  • Jangan abaikan pemakaian pelembab wajah, terutama ketika anda keluar dari rumah. Jika wajah anda jenis berminyak, sebaiknya pilih pelembab yang mengandungi air.

 

  • Selain itu, jangan lupa pakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 15 apabila anda hendak keluar dari rumah.

 

  • Lakukan srubbing dan masker wajah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.

 

  • Sapukan krim pemutih wajah secara rutin. Tetapi, pastikan anda memilih produk pemutih yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya serta sesuai dengan jenis kulit muka anda.

 

Info Ekstra!

Tahukah Anda?

* Wanita Jepun menyukai penggunaan rumpai laut. Bukan setakat untuk hidangan sushi, bahkan untuk mask rambut. Kebiasaannya mereka akan merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

 

* Wanita Chili menggunakan pati buah anggur untuk kecantikan wajah. Mereka akan mencampurkan anggur merah yang telah dilenyekkan bersama sedikit tepung gandum. Kemudian, dilumurkan di wajah selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air. Anggur merah mengandungi antioksida yang tinggi dan akan membuatkan kulit cantik serta sihat.

 

* Bagi Wanita Sweden pula, mereka memanfaatkan pati teh hijau sebagai toner wajah.Bahan antioksida dalam teh hijau tersebut membantu dalam mengelaurkan sel-sel kulit mati dan menyegarkan kulit.

Mereka juga percaya bahawa bersauna juga mampu mengeluarkan racun dalam tubuh. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan badan mereka terlebih dahulu dengan minyak zaitun sebelum membilasnya dengan air sejuk.

 

Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Teringin untuk memiliki bibir merah bak delima merkah? Baca di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Kebaikan Bila Anda Bela Binatang Di Rumah

Next post

Jalan-Jalan Ke Kuala Gandah, Tengok Gajah!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *