ProblemSihat

Anda Penggemar@Pengumpul Bekas-Bekas Plastik?Awas,Kandungan Bahan Kimianya Membunuh Secara Senyap!

Bekas Plastik Murah - women online magazine

Bekas plastik atau barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang.

Selain murah dan kelihatan menarik daripada segi warna dan bentuk, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk dikendali berbanding dengan yang lain.Ia dikatakan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak. Memang benar, tapi tahukah anda plastik mempunyai kesan sampingan terhadap manusia dan alam sekitar. Kadang – kadang yang cantik itulah yang merbahaya. Kali ini WOM.my ingin berkongsi tentang bahaya bekas plastik murah.

Bahan kimia beracun yang terkandung dalam peralatan plastik di dapur boleh larut dalam makanan yang disajikan. Kemudian apabila makanan ini dimakan, bahan kimia berbahaya ini berpotensi merosakkan kesihatan tubuh.

  • Bekas atau barangan ‘non – stick’

Bekas atau barangan non – stick yang mengandungi teflon menjadi kegemaran kerana sifatnya yang mudah dibersihkan. Hakikatnya salutan yang  tidak lekat ini mengandungi bahan-bahan toksik. Bahan tersebut adalah salah satu bahan karsogenik penyebab kanser, kolesterol tinggi, penyakit tiroid, dan boleh menyebabkan kemandulan.

Alternatif: Gunalah kuali atau periuk tradisional yang diperbuat daripada besi atau keluli tahan karat. Peralatan memasak dari besi hanya akan mengeluarkan zat mineral di dalam makanan, dan itu tidak berbahaya malah keluli tahan karat merupakan produk paling selamat.

  • Bekas plastik

Menyimpan makanan dalam bekas-bekas plastik juga sebenarnya berbahaya. Kandungan bisphenol A, Polyvinyl Chloride, dan phthalates juga akan larut ke dalam makanan. Ini boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung. Plastik juga lebih susah untuk dicuci.

Alternatif: Gunalah bekas kaca. Ia tidak akan mengeluarkan bahan kimia, bekas kaca juga selamat dan tahan panas. Bekas ini juga mampu menjaga kesegaran makanan.

  • Papan pemotong

Membeli papan pemotong plastik di pasar raya bukanlah pilihan bijak. Harganya mungkin lebih murah dan beratnya yang lebih ringan. Tetapi plastik yang digunakan mengandungi bahan berbahaya. Selain itu, bekas hirisan pisau pada papan pemotong plastik berpotensi menjadi tempat bakteria membiak.

Alternatif: Gunalah papan pemotong yang diperbuat dari kayu. Bakteria e-colli dan salmonella lebih mudah membiak di papan pemotong plastik daripada kayu. Kayu mempunyai sifat antibakteria semulajadi. Meskipun bakteria boleh bersembunyi di setiap bekas hirisan, namun ia akan mati ketika masuk ke dalam kayu.

  • Bekas atau barangan yang mengandungi enamel

Alat memasak atau bekas yang mengandungi bahan enamel kelihatan sangat cantik di mata. Bahan enamel ini digunakan untuk menghasilkan peralatan memasak tampil dalam pelbagai warna terang dan corak yang menarik. Tetapi, bahan pewarna yang digunakan mengandungi bahan-bahan kimia. Contohnya, mangan, kadmium, dan sebagainya. Apabila barangan ini tercalar di lapisan berwarna, ia boleh menyebabkan ion bahan besi masuk ke dalam makanan.

Begitu juga jika ia dipanaskan pada suhu melebihi 100 darjah Celsius. Penyelesaiannya, apabila anda menggunakan bahan ini, anda perlu lebih berhati-hati. Jangan sampai peralatan masak berbahan enamel ini tercalar!

  • Bekas atau barangan melamine

Kebanyakan bekas terutamanya pinggan plastik di Malaysia dibuat daripada melamine yang mengandungi ‘urea formaldehyde’ dan sangat merbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik dan ‘insulation’ wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika masuk ke dalam badan manusia dan boleh menyebabkan masalah terhadap sistem penghadaman, sistem pernafasan, batu karang, buah pinggang, kanser pundi kencing dan juga kerosakan sistem pembiakan. Kebanyakan yang memilih untuk menggunakan pinggan jenis ini adalah kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan seramik. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yang kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Jadi, asingkan bekas atau barangan plastik yang tidak sesuai digunakan untuk makanan  supaya ia boleh digunakan kembali untuk barangan lain.

Kredit foto: freeimageslive

<<  Fenomena jantung berdebar bukan setakat bila anda jatuh cinta. Info selanjutnya klik link ini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ghairah Kanta Lekap.Taksub Nak Nampak Comel, Sanggup Tanggung Risiko Mata Rosak!

Next post

Tips Untuk Kulit Muka Nampak ‘Gojes’ & Bebas Jerawat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *