CantikKulit

Ketahui 5 Penyebab Anda Berdepan Dengan Masalah Kulit Wajah

perihal kulit wajah-Women Online Magazine
Foto: Sekadar Hiasan
Masalah Kulit Wajah. Anda ada Masalah Kulit Wajah? – Cuba Kenal Pasti Masalah Anda >>
Untuk pengetahuan anda kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar 6 paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Kulit juga memerlukan 3 vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat cantik menawan. Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat. Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolagen dan pemutihan kulit.

Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk beberapa lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering. Kandungan air penting untuk kelembapan kulit. Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.

Sekurang kurangnya anda perlukan 3 liter sehari untuk mengelakkan daripada kulit wajah menghadapi masalah kulit kusam. Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.

Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.

 

Ada banyak faktor yang membuatkan anda mengalami masalah kulit wajah dan ianya mengikut jenis kulit wajah anda. Antaranya adalah:

1. Kulit Berminyak:

Terjadi kerana bukaan pori-pori yang besar. Inilah yang berlakunya masalah jerawat & jeragat. Situasi kulit berminyak ada banyak faktor di mana kemungkinan adalah di sebabkan faktor keturunan.

Baca Juga: Punca Muka Berminyak

2. Kulit Kering:

Bukaan pori-pori kecil tidak kelihatan. Ini adalah di sebabkan kekurangan air dalam badan. Jika hal ini berterusan kemungkinan anda bakal menghadapi masalah kulit nanti.

Baca Juga: Muka Kering

3. Kulit Normal:

Kulit yang jarang mempunyai masalah kerana kandungan minyak & sifat kering pada kulit adalah seimbang. Anda merupakan golongan yang bernasib baik kerana tidak mengalami simptom ini.

4. Kulit Kombinasi:

Bahagian-bahagian tertentu kulit wajah yang diselaputi minyak. Merangkumi bahagian dahi, hidung, dan dagu. Bahagian lain pada wajah pula kering. Kulit jenis ini perlu sentiasa memerlukan penjagaan kulit wajah yang rapi, sama ada memakai krim anti jerawat atau memakai pencuci muka untuk kurangkan masalah tersebut.

Baca Juga: Muka Berjerawat

5. Kulit Kusam:

Akibat dari pendedahan cahaya matahari tanpa sebarang krim pelindung UV. Udara yang kotor akan menghasilkan toksin yang akan menyebabkan wajah kulit tidak sekata, bertompok-tompok dan kelihatan tidak sihat.

Toksin yang dihasilkan oleh kulit sangat sensitif dan  cepat bertindak kepada sebarang perubahan udara dan faktor sampingan yang lain.Keadaan ini yang mendorong terjadinya kulit kusam,penyelesaian paling mudah adalah dengan menggunakan produk pemutih kulit.

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mengalami kulit bermasalah. Semoga bermanfaat!

Previous post

Kena Tahu! 6 Punca Perut Buncit

Next post

Jenis-Jenis Kasut Flat Paling Selesa!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *