CantikKulit

Muka Jadi Lebih ‘Flawless’ Bila Pakai Masker Wajah

Manfaat Masker Wajah - women online magazine

Kredit Foto: alteredegohairsalon

Manfaat Masker Wajah.Masker memiliki manfaat yang sangat bagus untuk wajah. Antaranya, untuk menyegarkan, meremajakan serta mencerahkan kulit wajah!

Untuk kecantikan wajah juga, ramai wanita sanggup melakukan pelbagai jenis perawatan wajah.  Salah satu yang sering dilakukan wanita adalah masker wajah. Menggunakan masker wajah yang sesuai dengan kulit secara rutin dapat memberikan banyak manfaat buat kulit wajah anda. Penggunaan masker wajah, merupakan salah satu cara perawatan kulit yang mampu merawat kulit anda.

Penggunaan masker wajah dilakukan secara rutin, satu hingga dua kali dalam seminggu bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menggunakan masker wajah ini dapat membantu sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit. Sungguhpun begitu, manfaat  masker wajah  yang boleh anda peroleh daripadanya bergantung pada jenis masker yang anda gunakan.

Perawatan masker wajah boleh anda lakukan di salon, atau di rumah dengan masker buatan sendiri. Tetapi, untuk mendapat manfaat daripada masker wajah anda perlu mengenali jenis kulit anda terlebih dahulu. Setiap jenis masker wajah memiliki kandungan dan kegunaan yang berbeza-beza.

 

Kenali Jenis Masker Yang Sesuai Untuk Kulit Wajah Anda

1. Masker Untuk Kulit Kering dan Kasar 

Masker dengan campuran minyak zaitun, kuning telur, dan perahan lemon sangat baik untuk memberikan kelembapan pada kulit  anda yang kering. Campurkan ke semua bahan sehingga menghasilkan bentuk pasta, oleskan pada wajah dan biarkan  lebih kurang selama 30-45 minit , kemudian dibilas dengan air wajah. Wajah menjadi lembab seketika dan lebih tegang.

 

Baca Juga: Vitamin Untuk Kulit Kering

 

Madu dan susu tepung yang dilarutkan dengan air juga bagus untuk kulit kering. Campurkan 2 sudu besar madu dengan  4  sudu besar susu tepung  dengan sedikit air suam untuk dijadikan masker.

Selain melembapkan wajah, masker madu dan susu ini juga boleh membuat wajah anda kelihatan lebih cerah apabila diaplikasikan secara rutin dua kali seminggu. Masker dengan campuran yoghurt, almond, madu, dan gandum sangat baik untuk mengatasi kulit yang kasar. Bahan-bahan tersebut sangat berkesan untuk menghaluskan wajah yang kering dan kasar.

 

2. Masker Untuk Kulit Berminyak

Oatmeal, selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah. Telur memiliki fungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Gunakan campuran oatmeal dan telur (putih telur) sebagai masker wajah untuk perawatan kulit berminyak. Campur dan gaul sehingga membentuk pasta, oleskan pada wajah, biarkan selama 30-45 minit. Kemdian bilaslah  dengan air suam. Wajah akan menjadi segar seketika dan bebas minyak.

 

3. Kulit Wajah Berminyak Dan Berjerawat

Gunakan campuran susu magnesium (liquid of magnesia) dengan kentang. Susu magnesium atau kentang mampu mengurangi kadar minyak di wajah dan mengatasi jerawat.

 

Baca Juga: Jenis Jerawat Dan Cara Mengatasinya

 

4. Masker Untuk Kulit Kusam atau Mengalami Penuaan

Putih telur sangat baik untuk mengencangkan wajah. Oleskan putih telur yang sudah dipukul hingga berbuih pada wajah dan leher anda. Biarkan  selama 30-45 minit. Kemudian, bilas dengan lembut. Kulit akan kelihatan lebih tegang atau kenyal setelah beberapa anda memakai masker ini.

Bengkuang sering dipakai sebagai campuran kosmetik untuk membuat wajah kelihatan lebih putih. Masker daripada bengkuang, selain bermanfaat untuk mencerahkan kulit wajah yang kusam, juga boleh menegangkan kulit. Meskipun dalam usia muda, wanita cenderung mengalami penuaan semulajadi  pada wajah kerana efek daripada radikal bebas dan gaya hidup.

Salah satu masalah penuaan yang timbul adalah timbulnya flek atau noda hitam di wajah, sehingga warna kulit tidak sekata dan nampak kusam. Untuk mengatasinya gunakan masker dengan campuran teh hijau, minyak zaitun, dan strawberi. Bahan-bahan ini memiliki khasiat anti-aging dan antioksidan yang baik untuk kulit.

Campuran madu dan perahan lemon merupakan masker yang berkesan untuk mencerahkan kulit kusam dan mengatasi noda bekas jerawat serta flek hitam. Lakukan secara rutink dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit lebih bersinar.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Lemon

 

Sebenarnya, masker wajah buatan sendiri bukan sahaja lebih selamat digunakan (kerana menggunakan bahan semulajadi), tetapi juga jauh lebih murah serta menjimatkan.  Masa yang diperlukan juga tidak terikat, anda boleh melakukannya pada waktu santai anda, ketika membaca buku ataupun menonton televisyen.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan.

<< Semua jenis makanan mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit. Klik link ini untuk info seterusnya…

 

Previous post

4 Sebab Utama Bosan Kerja!

Next post

4 Kebaikan Bekam Buat Tubuh Manusia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *