CantikSolekan

Harus Tahu! 6 Cara Mudah Buat Bibir Anda Nampak ‘Penuh’ Dan Seksi

bibir cantik - woman online magazine

Kredit : podyumguzeli

Anda suka bermekap? Sudah pasti, kan… Dengan mekap penampilan anda mampu kelihatan menarik dan cantik.Alat mekap yang paling penting dan hampir semua wanita memilikinya adalah lipstik.

Ramai wanita yang mahu memiliki bibir yang ‘penuh’ agar nampak seksi. Pelbagai cara telah dicuba untuk mendapatkan bibir yang cerah atau merah semulajadi, namun tetap tidak berhasil. Ingin tahu cara mudah untuk mendapatkan bibir cantik, nampak ‘penuh’ dan seksi? Baca artikel ini sampai habis ya!

  1. Gunakan Pensil Bibir

Cara pertama yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan bibir cantik dan nampa ‘penuh’ adalah dengan menggunakan pensil bibir atau lip liner. Akan nampak perbezaan sama ada anda menggunakan lip liner atau tidak. Dengan menggunakan lip liner, bibir akan kelihatan lebih besar daripada bentuknya. Lip liner juga boleh membuatkan lipstik anda tahan lebih lama serta bentuk bibir anda pun nampak lebih cantik terbentuk.

  1. Lip Gloss

Lip gloss adalah salah satu trik mekap untuk membuatkan bibir cantik dan lebih ‘penuh’. Jika anda tidak memiliki cukup waktu untuk berdandan di depan cermin, gunakan cara yang satu ini. Hanya dengan mengoleskan sedikit lip gloss, bibir anda bukan sahaja nampak cantik, bahkan lebih seksi, segar dan berkilau.

  1. Elakkan Memakai Lipstik Berwarna Gelap

Warna gelap adalah warna yang digunakan untuk menyamarkan bentuk bibir yang besar supaya nampaklebih kecil. Sama juga dengan lipstik, menggunakan solekan bibir berwarna gelap akan membuatkan bibir anda nampak lebih kecil.

  1. Nampak Berkilat

Bibir yang berkilat akan nampak lebih besar daripada bentuk asalnya.Untuk menjadikan bibir anda lebih sempurna, pakailah lip gloss setelah menggunakan lipstik. Perpaduan lipstik dan lip gloss akan membuatkan bibir cantik anda itu merekah sempurna.

  1. Lip Gloss Berwarna

Jika anda sudah biasa menggunakan lip gloss berwarna natural, mungkin sudah sampai waktunya untuk anda mencuba lip gloss yang memiliki warna. Warna-warna cerah seperti pink atau peach dapat menyegarkan bibir cantik anda itu dalam waktu sekejap.

  1. Warna Lipstik

Sekiranya anda telah memakai lip gloss, tetapi tetap ingin menggunakan lipstik, jangan risau. Anda masih boleh menggunakannya, namun pilihlah warna-warna hangat seperti warna orange atau merah tua. Pilihlah warna yang tidak terlalu gelap dan terlalu cerah.

<< Ketahui cara mudah melentikkan bulu mata di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom,Pecahkan Lemak Dengan Berenang!

Next post

6 Khasiat Makan Kacang Merah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *