Petua PemakananSihat

6 Khasiat Makan Kacang Merah

khasiat kacang merah - woman online magazine

Kredit : ndtvimg

Kacang merah adalah salah satu makanan yang tinggi serat. Salah satu khasiat kacang merah adalah untuk kesihatan tubuh, sama juga dengan beberapa jenis kacang lain seperti kacang tanah, kacang soya, kacang panjang dan juga kacang hijau yang cukup baik diambil menjadi salah satau menu makanan sihat.

Dalam seulas kacang merah terdapat kandungan protein, asid folat, kalsium, mineral, karbohidrat dan berprotein tinggi. Kandungan zat yang terdapat dalam kacang merah mampu melindungi kesihatan anda daripada pelbagai penyakit.

Berikut beberapa khasiat kacang merah yang patut anda ketahui:

  1. Mengawal Berat Badan

Bagi anda yang sedang berdiet, kacang merah adalah salah satu jenis makanan yang disarankan untuk anda nikmati. Meskipun kacang merah mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak, naun kedua zat dalam kacang meah ini tidak menyebabkan kenaikan berat badan. Kacang merah mampu mengawal berat badan anda.

  1. Menjaga Sistem Penghadaman

Kacang merah terkenal dengan kandungan seratnya yang sangat membantu penghadaman yang terjadi pada usus. Serat membantu pergerakan usus agar sentiasa berjalan dengan baik dan mengurangkan risiko gejala kanser usus besar.

  1. Mengawal Kadar Gula Darah

Serat di dalam kacang merah juga turut membantu menurunkan kadar kolesterol darah dengan membantu mendorong kolesterol, melalui sistem penghadaman sebelum tubuh menyerapnya.

  1. Baik Untuk Otak

Kacang merah menawarkan khasiat yang luar biasa untuk otak. Maknaan ini banyak mengandungi vitamin K yang menyediakan nutrisi penting untuk otak dan sistem saraf. Di samping itu,sebagai sumber vitamin B, kacang merah sangat erat hubungannya dengan fungsi sel-sel otak. Saraf-saraf otak dapat dipelihara oleh vitamin B pada kacang merah, terutama kandungan vitamn BI (thiamin). Vitamin ini memelihara saraf otak dan sel-sel yang mencegah penyakit yang berkait rapat dengan usia seperti Alzheimer.

  1. Menambah Energi

Kacang merah kaya akan kandungan zat besi yang dapat menambah energi bagi tubuh. Kandungan zat besi yang tinggi dalam kacang merah juga merupakan salah satu sumber yang diperlukan oleh tubuh untuk meningkatkan energi dan metabolisme tubuh serta membantu melancarkan perjalanan oksigen dalam tubuh.

  1. Mencegah Anemia

Salah satu penyebab anemia (kurang darah) yang biasa terjadi adalah kurangnya pengambilan zat besi dari makanan. Kacang merah mengandung zat besi yang berkhasiat untuk mencegah anemia.

<< Ketahui tips semulajadi untuk kawal makanan berkolesterol di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Harus Tahu! 6 Cara Mudah Buat Bibir Anda Nampak ‘Penuh’ Dan Seksi

Next post

Ketahui Cara Pakai Makeup Yang Betul Ketika Nak Bersenam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *