ProblemSihat

5 Warna Lipstik Paling Sesuai Buat Anda Yang Mempunyai Bibir Hitam

Bibir Hitam - Women Online Magazine 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: wallpapersam

Bibir Hitam.Bibir yang lembut berwarna merah muda hal yang pasti didambakan oleh setiap wanita. Bibir yang indah akan menambah kecantikan wajah dan akan membuat senyum anda kelihatan lebih indah.

Malangnya sebahagian besar wanita hari ini sering menghadapi masalah bibir hitam. Kebanyakannya menghadapi masalah bibir hitam yang disebabkan oleh kekerapan pengambilan kafein, sinaran cahaya matahari dan rawatan yang tidak tepat. Merokok juga boleh menyebabkan bibir menjadi hitam.

 

Penyebab Bibir Anda Jadi Hitam

1. Pancaran Cahaya Matahari

Selain kurang baik bagi kulit, cahaya matahari meninggalkan kesan buruk pada warna bibir anda. Oleh kerana itu penting bagi anda untuk mengaplikasikan lip balm yang mengandungi SPF tinggi jika anda ingin keluar rumah.

 

2. Dehidrasi

Pastikan tubuh anda untuk tetap hidrasi dengan meminum air secara rutin sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Dehidrasi boleh menyebabkan bibir anda hitam dan kekurangan kandungan mineral pada tubuh anda.

 

Baca Juga: Tanda-Tanda Dehidrasi

 

3. Diet

Ketika anda diet, secara automatik beberapa pengambilan yang diperlukan oleh tubuh khususnya vitamin akan berkurang. Oleh kerana itu anda seharusnya kekal mengambil vitamin semasa anda berdiet.

 

4. Kurang Vitamin C

Jika anda kekurangan vitamin C, maka perubahan bibir akan cepat berlaku. Penuhilah keperluan vitamin C anda agar bibir anda akan tetap kelihatan segar.

 

Baca Juga: Buah-buahan Yang Mengandungi Vitamin C

 

5. Kafein

Jumlah kafein yang anda ambil boleh menyebabkan terjadinya kehitaman pada bibir. Jika anda adalah pencinta kopi, anda perlu menghadkan jumlah kopi yang anda ambil setiap hari.

 

6. Merokok

Rokok mengandungi nikotin yang tinggi. Dalam suatu tempoh masa yang lama, nikotin mampu mempengaruhi warna bibir anda dan membuatnya pecah serta berubah kehitaman.

 

7. Lipstik

Sisa lipstik di bibir merupakan salah satu penyebab bibir menjadi hitam. Ramai wanita menggunakan lipstik tetapi tidak membersihkannya sebelum tidur.

 

Baca Juga: Lipstik Matte

 

8. Kelembapan Bibir

Kelembapan bibir adalah hal yang penting untuk anda titikberatkan. Jangan biarkan ia kering dan pecah. Lama-kelamaan ia akan menghasil warna hitam di bibir anda.

 

Tips  Semulajadi Merawat Bibir Hitam

Bagi anda yang mempunyai masalah bibir hitam, anda disarankan untuk mempraktik tips berikut bagi mencerahkan warna gelap pada bibir anda.

Madu

Madu adalah ubat semulajadi bagi setiap masalah kesihatan dan juga kecantikan, termasuklah untuk mencerahkan bibir Sapukan madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

 

Minyak Almond

Kandungan minyak almond dapat mencerahkan warna hitam di bibir. Pakai lipbalm yang mengandung minyak almond, atau sapukan minyak almond di bibir setiap hari, terutama keluar dari rumah dan terdedah kepada sinaran matahari.

 

 Mentega

Sapukan mentega di bibir setiap hari selama dua minggu. Bibir anda akan jadi semakin halus dan tidak mudah pecah-pecah, sehingga kulit bibir yang cerah akan segera kembali.

 

Tips Ekstra!

Bibir Hitam - Women Online Magazine 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto: cdn,nitrolicious,makeuptalk,goodhousekeeping,musingsofamuse

5 Warna Lipstik Yang Sesuai Buat Si Bibir Hitam!

Anda yang mempunyai bibir hitam atau gelap, jangan susah hati atau binggung untuk memilih warna lipstik yang sesuai dengan masalah anda. Ada 5 warna lipstick yang wajib anda cuba untuk mewarnai bibir anda yang hitam itu agar kelihatan lebih ‘umphhh’!

  1. Plum

Warna plum yang glamor dan sedikit misteri ini boleh membuatkan bibir gelap menjadi lebih elegan berkat warnanya yang ungu kemerahan.

  1. Shimmer Pink

Warna lembutnya yang disertai efek shimmer boleh membuatkan bibir gelap kelihatan lembut dan bersinar. Biar bibir menjadi semakin cerah dan seksi. Sebaiknya pilihlah yang berbentuk lipgloss.

  1. Coklat

Jika ingin nampak natural, cuba pilih rona coklat tua. Selain menghangatkan tona kulit, lipstik warna coklat tua mampu memberikan sentuhan edgy pada gaya anda.

  1. Merah

Masuk ke semua tona kulit, pilih warna retro red, atau merah yang sedikit gelap. Jika ingin menggunakan merah terang, pastikan anda memakai pensil bibir sebelum menyapu lipstik tersebut.

 

Baca Juga: Kuasa Lipstik Merah

 

  1. Nude

Merupakan pilihan lipstik paling ‘selamat’ untuk si bibir hitam, warna nude atau pucat dapat membuatkan bibir hitam yang nipis kelihatan lebih penuh dan tebal.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Teringin memiliki bibir merah bak delima merkah? Baca di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

'Confirm Kurus'! Pilih 8 Sarapan Rendah Kalori

Next post

4 Alasan 'Best' Kahwin Awal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *