Lipstik Matte Kekal Lama Di Bibir
Kredit Foto: 3.bp
Lipstik Matte.Lipstik merupakan salah satu produk kecantikan yang sering digunakan wanita.Pilihan warna-warninya yang trendy juga mampu menciptakan kesan manis dalam setiap gaya penampilan anda.
Salah satu daripada pelbagai jenis lipstik adalah lipstik matte. Namun, pewarna bibir jenis ini adakalanya perlu dihindari kerana memberikan efek kering, tapi masih ada banyak alasan lainnya yang membuatkan anda wajib mencuba produk tersebut. Semak di sini, ya!
1. Mudah Diaplikasikan
Salah satu kelebihan lipstik matte adalah penggunaannya yang mudah. Anda tidak perlu ‘effort’ berlebihan hanya untuk mengaplikasikan produk ini dan ia membuatkan penampilan anda kelihatan lebih menarik. Warna lipstik juga cepat melekat dan tidak mudah hilang.
2. Tidak Mudah Pudar
Sekiranya anda pencinta efek warna bold, lipstik yang glossy mungkin bukan pilihan yang tepat. Ini adalah kerana pewarna bibir ini mudah meninggalkan kesan ‘smudge’ dan cepat pudar. Kalau anda inginkan solekan bibir yang tahan lama untuk majlis-majlis istimewa, lipstick matte merupakan jenis yang paling ‘ngam’. Anda juga boleh menggunakannya pada setiap hari dengan pemilihan warna yang sesuai.
Bagi anda yang menyukai kesan natural dalam solekan, lipstik matte merupakan produk yang wajib digunakan. Ketika diaplikasikan dengan warna dan teknik yang tepat, anda akan kelihatan seperti tidak menggunakan apapun. Jangan ragu untuk bereksperimen dengan rangkaian warna yang dapat meningkatkan penampilan anda, ya.
Baca Juga: Lipstik Merah
Kesimpulan
Jangan ragu untuk menggunakan lipstik matte. Lakukan eksplorasi gaya yang sangat baik untuk menunjang penampilan anda menjadi lebih menawan.
Tips Ekstra!
Pemilihan warna lipstik yang tepat dapat membuat penampilan anda kelihatan cukup menakjubkan. Namun, beberapa kesalahan menggunakannya yang biasa terjadi ini boleh mencacatkan wajah anda.
1. Pemilihan Warna Yang Kurang Tepat
Perhatikan warna semulajadi kulit anda. Menggunakan lipstik yang tidak sesuai warna kulit membuat penampilan kelihatan kurang ok. Pink, coral, dan warna terang lainnya dapat digunakan jika anda memiliki kulit yang cerah. Jika cenderung berkulit gelap, pilihlah warna plum, coklat atau soft pink. Manakala lipstik merah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tapi perhatikan ‘shade’ yang sesuai dengan skin tone yang anda miliki.
2. Terlalu Banyak ‘Glitter’
‘Glitter’ memang dapat memberi kesan berkilat yang cukup menawan, tetapi perhatikan penggunaannya. Pilih yang berjenis ‘subtle’ untuk menghindari kesan berkilat yang terlalu berlebihan.
Baca Juga: Merawat Bibir Hitam
3. Bentuk Bibir
Perhatikan bentuk bibir yang anda miliki. Sebaiknya hindari menggunakan warna gelap jika anda memiliki bibir yang nipis. ‘Shade’ boleh membuatkan bibir anda kelihatan semakin tipis. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan ‘lip plumper ‘jika ingin menggunakan warna ini. Manakala pemilik bibir penuh, sebaiknya menghindari lipstik berwarna terang.
4. Lipstik Melebihi Garis Bibir
Usah menggunakan lipstik melebihi garis bibir kerana ia boleh membuat penampilan anda kelihatan lain macam. Aplikasi ini memberikan kesan bibir yang tidak natural dan kurang menarik.
5. Hindari Lip Liner Berwarna Gelap
Pilih lip liner yang memiliki warna senada dengan lipstick anda. Hindari menggunakan yang lebih gelap kerana ia boleh membuat kan penampilan anda menjadi tidak menarik sama sekali.
Ini merupakan kesalahan paling biasa yang dilakukan wanita. Lipstik menyentuh gigi merupakan cara paling nyata untuk membuat penampilan anda berantakan dalam sekejap. Untuk mencegahnya, aplikasikan dengan berus khusus lipstik di bibir secara perlahan dan merata.Jangan sampai ada kesalahan kecil yang mengganggu penampilan anda, termasuk saat menggunakan lipstik.
Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.
<< Semak 10 warna lipstik yang wajib anda miliki di sini.
No Comment