AsmaraFamili

8 Manfaat Bila Anda Lakukan Seks Dengan Penuh Kasih Sayang

Kasih Sayang Suami Isteri - Women Online Magazine

Kredit Foto: timedotcom

Dalam kehidupan berumahtangga, pasangan suami isteri yang memiliki hubungan seks yang sihat dan penuh kasih sayang akan memperoleh banyak manfaat.

Selain meninggalkan kesan pada sistem pertahanan tubuh yang lebih kuat, kulit anda juga bakal mendapat keuntungan tambahan.

Di sini WOM.my berikan lapan manfaat yang boleh anda peroleh daripada hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri buat kulit anda.

  1. Melepaskan Molekul Anti Peradangan

Ketika melakukan hubungan intim penuh kasih sayang, kulit akan melepaskan beberapa molekul anti peradangan seperti oksitosin dan endorphin beta. Seiring dengan peningkatan usia, proses peradangan akan lebih kerap terjadi dan sukar untuk diatasi. Hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri inilah yang akan membantu mengurangi proses tersebut.

 

Baca Juga: Masalah Kulit Kusam

 

  1. Kulit Jadi Lebih Bermaya

Hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri juga akan dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membantu mengeluarkan racun melalui peluh. Ketika hubungan intim penuh kasih sayang itu dilakukan, otot-otot di seluruh tubuh termasuk di wajah akan bergerak yang mana pada akhirnya akan dapay membantu mengurangi risiko kulit berkedut!

  1. Seks Menyihat Tubuh & Mencegah Kulit Kering

Manfaat lain daripada hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri secara teratur adalah peningkatan kadar estrogen yang boleh mengurangi kekeringan pada kulit dan meningkatkan elastik kulit.

 

Baca Juga: Jerawat Pasir

 

  1. Menyelesaikan Masalah Jerawat

Anda yang rutin melakukan hubungan intim penuh kasih sayang suami siteri terbukti memiliki kualiti tidur yang lebih baik sehingga kesihatan kulit pun jadi lebih terjaga. Ini adalah kerana jerawat boleh muncul ketika seseorang sedang stress atau kurang tidur. Ketika molekul anti peradang bertambah dengan hubungan intim suami isteri penuh kasih sayang ini dilakukan secara teratur, perkara tersebut tentukan akan membantu mengubati atau menyelesaikan masalah jerawat.

  1. Ubat Sakit Kepala

Beberapa kajian menunjukkan bahawa hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri boleh membantu meringankan sehingga menghilangkan sakit kepala atau migraine.

  1. Seks Membakar Kalori

Meskipun tidak dapat disamakan dengan kadar bersenam minimum setiap hari (30 minit), namun hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri menjadi salah satu saranan untuk membakar kalori. Setiap minitnya dapat membakar 3,6-5 kalori, bergantung pada tahap aktiviti tersebut.

  1. Tidur Jadi Lebih Nyenyak

Setelah mencapai kemuncak, selain tubuh berasa penat, tubuh akan melepaskan hormone prolactin yang memberikan perasaan senang hati, relaks dan rasa mengantuk. Biasanya setelah melakukan hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri, pasangan akan tertidur dengan lebih nyenyak dengan kualiti tidur yang baik.

 

Baca Juga: Tips Tidur Lena

 

  1. Bantu Hilangkan Rasa Stres

Keintiman hubungan suami isteri dapat membantu meningkatkan perasaan selesa dan meredakan ketegangan. Ia sangat baik untuk mencegah terjadinya stres. Hubungan intim penuh kasih sayang suami isteri menjadi faktor pelindung terhadap stress. Ini adalah kerana dengan adanya tindak balas otak terhadap stress dan juga pengeluaran hormone yang membantu melawan stress.

 

<< Ketahui tips mengatasi vagina kering ketika melakukan hubungan intim. Baca di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Enak Sungguh! Cubalah Resepi Bihun Singapore

Next post

5 Cara Menghilangkan Panau

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *