Ada Apa?Buletin

Hari Ini! Kuala Lumpur Lake Garden Festival (KLLGF)2015 Penuh Dengan XTVT Menarik

Kuala Lumpur Lake Garden Festival - woman online magazine

Kuala Lumpur Lake Garden Festival telah diperkenalkan pada tahun 2014.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Mojo Live Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Kuala Lumpur Lake Garden Festival 2015 (KLLGF), bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Lake Garden Festival ini juga merupakan penjenamaan semula Festival Muzik Kuala Lumpur yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Bersesuaian dengan tahun 2015 sebagai Malaysia Year of Festival dan maklumbalas yang positif daripada pengunjung KLLGF 2014, program ini akan diteruskan pelaksanaannya di Padang Merbok Kuala Lumpur bertarikh hari ini 22 sehingga 23 Ogos 2015. Sebagaimana tahun 2014, KLLGF 2015 masih mengekalkan aktiviti yang pelbagai untuk semua peringkat umur, dan sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga serta khalayak yang berbeza, dan seterusnya menjadikan taman – taman rekreasi di Kuala Lumpur sebagai kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak baharu dalam penyemarakan seni dan industri pelancongan negara khususnya di Kuala Lumpur, dan seterusnya mengembang dan membangunkan kebudayaan dan kesenian yang bermutu dalam kelas tersendiri.

Bertempat di Padang Merbok, para pengunjung akan dihidangkan dengan keunikan, keaslian dan aktiviti yang menarik dari kesenian tradisional sehinggalah kesenian kontemporari. Pemilihan aktiviti sesuai untuk semua peringkat umur dan latar belakang.Padang Merbok yang menjadi lokasi kunjungan hujung minggu seisi keluarga akan ditransfomkan sebagai hub seni budaya penuh dengan warni warni sepanjang Festival ini berlangsung seterusnya menjadikan ia sebagai kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bersesuaian dengan penjenamaan ini juga, JKKN telah menambahbaik serta memberi suntikan baharu dengan mempelbagaikan pengisian yang melibatkan karyawan muzik dalam dan luar negara melalui program Persembahan Muzik artis tempatan dan luar negara, persembahan kesenian tradisional, aktiviti riadah dalam taman, Rakyat Station yang memaparkan demonstrasi permainan tradisional, sukan rakyat dan My Gasing Championship, pencungkilan bakat iaitu Ekpresi Muzik, Pertandingan Karaoke dan Dikir Barat, Petting Zoo, dan penyertaan 100 penggiat industri pelbagai bidang melalui program Bazar Seni.

Semoga Kuala Lumpur Lake Gardens Festival 2015 (KLLGF) yang bermula pada hari ini akan disambut baik oleh semua warga Kuala Lumpur. Diharap ianya juga mampu menarik pelancong asing dan tempatan untuk datang memeriahkan serta membantu mencapai sasaran jumlah pelancong sempena kempen Malaysia Year of Festivals, dan seterusnya meningkatkan industri pelancongan dan mengekalkan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong bagi mencapai sasaran penerimaan ketibaan pelancong seramai 29.4 juta dan memperoleh pendapatan pelancongan sebanyak RM89 bilion.

Kempen ini juga berupaya mencapai sasaran untuk menarik 36 juta pelancong asing ke Malaysia dengan menjana pendapatan sebanyak RM 168 bilion menjelang tahun 2020 melalui Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia.

<< Ketahui 10 tempat menarik di kota metropolitan yang wajib anda kunjungi. Baca di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Mengecilkan Perut Dan Pinggang

Next post

5 Kebaikan Daun Oregano Buat Kesihatan Tubuh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *