Gaya HidupMotivasi

Ada 9 Rahsia Warna Kegemaran Yang Patut Anda Ketahui

Rahsia Warna Kegemaran - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Kredit foto: vk

Rahsia Warna Kegemaran.Apakah warna kegemaran anda? Pink? Biru? Putih? Atau Hitam?

Pengaruh warna selain memberikan kesan menawan pada sebuah benda atau rekaan ia juga memberikan efek pada tubuh.Tapi, tahukah anda rahsia di sebalik warna kegemaran anda itu? Jom tengok warna-warna yang boleh mempengaruhi kehidupan anda itu.

 

1. Merah Yang Menghairahkan

Warna yang dikaitkan dengan kebangkitan cinta serta kebencian. Jadi, sebab itulah merah dikaitan dengan suasana hati.Merah juga dapat mengundang  respons “flight or fight” dan meningkatkan tekanan darah serta denyutan jantung.Anda yang menyukai warna merah biasanya seorang yang ekstrovert, cenderung melakukan apa yang anda mahu. Selain itu, anda juga seorang yang berfikiran terbuka dan mampu menerima perkara-perkara baru.

 

2. Biru Yang Tenang

Biru merupakan warna paling sesuai digunakan di bilik tidur kerana dapat membantu membuai anda dalam tidur terutama ketika mahu lelap di siang hari.Selain itu, anda yang menyukai warna biru amat peduli dengan perasaan orang lain dan sedikit sensitif. Sisi positif penggemar warna biru yang banyak dikagumi oleh ramai orang adalah kerana kesetiaan dan perhatian anda. Di samping itu anda juga seorang yang rajin berusaha. Sungguhpun begitu, anda terlalu berhati-hati dan sering cemas berlebihan.

 

3. Kuning Penuh Kegembiraan

Kuning sebagai warna yang meningkatkan kebahagian dan keceriaan pada setiap orang. Warna ini berkait rapat dengan energy, sikap berhati-hati dan percutian. Jika anda memilih kuning sebagai warna kegemaran ia melambangkan sifat spontan dan toleransi anda yang tinggi. Begitu menyerlah, tetapi anda gemar berubah-rubah sikap dan suka berharap.

 

4. Hijau Yang Positif

Hijau adalah warna hidup dan semulajadi, berkait rapat dnegan kesihatan dan kesejahteraan. Seperti warna biru, hijau juga mampu membangkitkan rasa damai, relaks dan tenang.Jika hijau adalah warna kegemaran anda, ia melambangkan sikap anda yang selalu positif dan santai. Selain itu, anda seorang yang penyabar, tetapi cenderung menarik diri daripada perubahan di persekitarannya.

 

5. Oren Yang Periang

Oren menghasilkan perasaan yang berkait rapat dengan kehangatan. Jika anda menyukai warna oren, anda mempunyai sifat yang ceria dan periang. Namun, anda suka mencuri perhatian orang dan adakalanya kelihatan agak mengada-ngada.

 

6. Ungu Yang Damai

Ungu termasuk warna ‘top’, cukup menyenangkan, damai dan membantu meredakan ketegangan.  Anda yang menyukai warna ungu biasanya adalah orang yang unik, tidak takut untuk tampil berbeza daripada orang biasa.  Selain itu, pencinta warna ungu juga mencintai seni. Namun, sangat sensif dan mudah terluka hatinya.

 

7. Hitam Yang Gagah Perkasa

Dalam budaya Barat, hitam dianggap sebagai warna kematian. Keperibadian warnanya dikaitkan dnegan perasaan berkabung, kesedihan dan juga kebencian. Anda yang menyukai warna hitam melambangkan sifat anda kuat,tabah dan produktif. Namun, jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, anda akan menjadi murung. Selain itu, anda termasuk dalam jenis orang yang sukar untuk difahami atau agak misteri.

 

Baca Juga: 5 Cara Merawat Kemurungan

 

8. Putih Yang Harmoni

Putih adalah simbol daripada keseimbangan dan penyatuan, daripada semua wrna yang datang bersama sebagai penyatuan harmoni. Putih adalah lambang kesucian dan kemurniaan hati. Jika anda menyukai warna putih, anda dikagumi kerana sifat anda yang anggun, ideal, tidak pernah angkuh dan suka menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.

 

Baca Juga: Bila Lelaki Ringan Tulang…

 

9. Pink

Warna pink membuatkan kita membayangkan sesuatu yang sweet. Namun, di sebalik kelembutan warna pink, anda yang menyukai warna ini adalah orang yang mengharapkan cinta dan kesejahteraan. Di samping itu, anda juga adalah wanita yang ingin dilindungi dan sentiasa mahu dimanjakan.

 

Nota Kaki: Artikel menarik ini, jangan lupa di SHARE dengan kawan-kawan.

<< Ketahui cara menangani stress dengan pantas, tak sampai 11 minit. Baca sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Menipiskan Bibir Tebal

Next post

Serum Untuk Wajah Perlu Dipakai Dengan Betul

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *