Gaya HidupMotivasi

7 Cara Terbaik Dan Lebih Berkesan Menangani Stress

cara menangani stress - women online magazine-2

Kredit Foto: artfullyaspiring

Cara Menangani Stress.Stress  boleh mempengaruhi setiap aspek kehidupan.Bahkan stress boleh membunuh lena tidur!

Stress merupakan masalah fikiran, iaitu ketika fikiran tidak mampu lagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Jadi, pada saat itulah stress muncul.

Biasanya pekerjaan atau tekanan di pejabat adalah salah satu faktor utama penyebab stress yang kemudian mengundang perkara-perkara buruk. Jangan main-main atau buat tak kisah kerana efek stress boleh menyebabkan anda mengalami stroke!

Apapun, jangan biarkan stress menguasai keseluruhan hidup anda. Kuncinya terletak pada sikap anda dalam menerima kenyataan bahawa stress itu merupakan sebahagian daripada rencah kehidupan.

Buat anda yang sering mengalami stress, ketahui cara menangani stress dalam masa 10 minit. Tips sederhana ini perlu anda ikuti untuk membebaskan diri daripada cengkaman stress!

 

Cara Menangani Stress:

1. Jangan Bekerja Di Bilik Tidur

Jangan sesekali cuba membawa pekerjaan anda ke bilik tidur. Melakukan pekerjaan di bilik tidur memiliki efek psikologi yang akan membuatkan anda rasa lebih tertekan. Bilik tidur adalah tempat atau destinasi untuk melindungi anda daripada pelbagai fikiran dan tekanan yang sedang anda hadapi.

 

2. Lakukan Meditasi

Melakukan meditasi menjadi salah satu cara menangani stress paling cepat. Pilihlah posisi yang selesa untuk anda melakukannya. Tak kiralah sambil duduk ataupun berbaring. Fikirkanlah perkara-perkara yang menyenangkan ketika meditasi untuk membuat perasaan anda menjadi lebih tenang.

 

3. Bercerita Dengan Seseorang

Ketika anda stress, cubalah mengungkapkan segalanya kepada si dia ataupun sahabat karib anda. Cara ini sangat membantu untuk melegakan perasaan dan fikiran anda.

Selain itu, anda boleh juga menghilangkan stress tersebut melalui kiriman email. Tulislah segala resah dan sendu anda itu di dalam email dan kirimkan kepada email anda juga. Mengirimkan email dapat membantu anda membuang aura negative dalam diri anda dan membuat fikiran anda  menjadi lebih tenang.

 

4. Hiruplah Udara Sedar

Terkurung di kawasan berhawa dingin di pejaat merupakan perkara yang boleh mengundang rasa stress. Jadi, usahakan untuk keluar seketika dengan berjalan-jalan dan menghidup udara segar di persekitaran pejabat anda.

Oksigen segar yang sampai ke otak tentu sahaja boleh menenangkan anda. Selain itu, cara menangani stress yang paling mudah yang boleh anda cuba ialah dengan mendengarkan suara alam. Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan stress dalam waktu yang cepat. Cubalah dengarkan suara air dan suara angin.

 

5. Ketawa

Ketawa secara semulajadi dapat membantu anda menghilangkan stress dalam waktu singkat. Anda mungkin boleh menghiburkan diri dengan menonton televisyen. Jika kena caranya dan anda tidak menggunakannya secara berlebihan, alat elektronik ini mampu membuatkan anda lebih santai.

 

6.  Tarik Nafas Dalam-Dalam

Menarik nafas dalam-dalam selama seminit dapat membantu anda menghilangkan stress dalam waktu yang singkat. Perkara ini dapat membantu fikiran anda menjadi lebih relaks.

 

7. Mengurut Tubuh

Ketika sedang stress, otot-otot pada bahagian tubuh tertentu akan mengalami kekejangan atau lenguh-lenguh sehingga menyempitkan pembuluh darah.Cubalah untuk mengurut beberapa bahagian tubuh anda seperti leher, tengkuk dan bahu anda. Ia akan memberikan efek yang cukup melegakan pada diri anda dalam waktu yang singkat.

 

Baca Juga: Sakit Leher

 

Info Ekstra!

Ketahui Makanan Melegakan Stress

  • Bijirin Sarapan

Dapatkan bijirin sarapan yang dipenuhi vitamin dan mineral kerana ia sumber yang baik bagi menghilangkan stress dengan kandungan vitamin B, asid folik, vitamin dan fiber.

 

  • Daging Lembu

Mengandungi vitamin B, iron dan zink.

 

  • Melon

Buah melon juga menjadi sumber terbaik vitamin C yang menghilangkan stress.

 

Baca Juga: Khasiat Buah Melon

 

  • Susu

Kaya dengan vitamin B2, B12 dan antioksidan.

 

  • Sushi

Mengandungi magnesium, asid pantotenik dan vitamin B2.

 

  • Nasi Atau Pasta

Kaya dengan karbohidrat yang akan dihadam dengan lambat dan menjadikan anda lebih gembira.

 

 

Baca Juga: Beras Perang

 

 

Sayuran hijau ini mampu menghilangkan stress dengan vitamin B dan asid folik yang terkandung di dalamnya.

 

  • Ikan

Ikan mengandungi semua vitamin B yang pentig terutamanya B6 dan B12 yang dikatakan sebagai penghilang strss. Kekurangan vitamin B12 dalam badan juga boleh menyebabkan tekanan.

 

  • Almond

Selain sedap dikunyah, ia dipenuhi vitamin B2, E, magnesium dan zink. Namun, anda disarankan makan sedikit sahaja kerana ia mengandungi lemak yang tinggi.

 

Baca Juga: Kebaikan Minyak Almond

 

  • Blueberry

Dipenuhi dengan antioksidan, vitamin C, sumber fiber yang baik dan rendah kalori!

 

<< Kekurangan hormon progesterone ini boleh merosakkan tahap kesihatan wanita. Info lanjut di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom... Makan Angin Ke 10 Tempat Menarik Di KL

Next post

5 Cara Mengatasi Masalah Rambut Kelemumur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *