Tips Pantas Pilih Warna Cat Ruang Tamu
Kredit foto :excellentdecoration
Warna Cat Ruang Tamu.Bagaimana memilih warna cat ruang tamu yang tepat? Dalam memilih warna cat ruang tamu yang tepat, anda perlu teliti dan berhati-hati.
Jika tersalah pilih,sudah pasti keselesaan dan keharmonian bersama keluarga dan anak-anak sewaktu anda berada di ruang tamu akan terganggu. Tambahan pula, ruang tamu adalah ‘raja’ segala ruang. Ruang tamu adalah tempat anda menjamu tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda. Ruang ini juga turut menjadi penilaian mereka tentang bagaimana anda mendekorasi ruang tamu anda secara keseluruhannya.
Kebanyakan orang memilih warna cat ruang tamu hanya untuk memenuhi minat atau warna kesukaannya, sedangkan fungsi ruang tamu sangat penting.Suasana ruang tamu akan mempengaruhi bagaimana keselesaan dan harmonian para tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda, termasuk dari cat warnanya hinggalah pemilihan perabot di ruang ini.
Bagi pemilik rumah yang minimalis atau punya keluasan yang terhad, anda tentu binggung untuk memilih warna cat ruang tamu yang sesuai agar tidak terlalu berat dan lebih sederhana. Warna cat ruang tamu juga perlu disesuaikan dengan tema yang dipilih dan juga sesuai dengan warna dapur.
Baca Juga: Kabinet Dapur Kecil
Berikut beberapa tips berkaitan memilih warna cat ruang tamu yang tepat buat kediaman anda. Mungkin ia dapat membantu anda mencari inpirasi untuk menerapkan warna cat yang sesuai buat ruang tamu kediaman anda.
1.Pilihlah warna yang mampu memberikan kesan hangat, ghairah, energy dan penuh kasih sayang.Warna-warna sebegini akan membuatkan suasana ruang tamu menjadi lebih akrab ketika dikunjungi tetamu. Antara warna hangat yang disyorkan buat anda ialah warna coklat, oren, kuning dan peacah.
Baca Juga: Wallpaper Ruang Tamu
2.Untuk memberikan suasana yang sejuk di dalam ruang tamu, pilihlah warna hijau, warna cat biru dan warna ungu. Ketiga-tiga warna ini akan memberikan suasana sejuk serta efek ruang tamu yang lebih luas, lapang dan lebih lebar. Tentunya keadaan ini akan memberikan keselesaan buat anda dan tetamu.
Warna tersebut juga memberikan kesan yang luas untuk ruang tamu anda yang sempit.
Baca Juga: Ruang Tamu Nampak Mewah
Baca Juga: Rahsia Warna Kegemaran
3. Bagi anda yang ingin mendapatkan suasana neutral di ruang tamu, anda disarankan memilih warna-warna neutral seperti putih, krim dan beige lembut. Warna-warna sebegini sangat popular dan lebih menenangkan, terutama bagi anda yang tidak tahu skema warna atau tidak mempunyai konsep warna yang jelas untuk ruang tamu.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang minat mencantikan kediamannya.
<< Inspirasi Lampu Ruang Tamu.
No Comment