CantikSolekan

Wajah Lebih Berseri Dengan Solekan Natural

atasi wajah pucat dengan solekan natural - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Solekan Natural.Anda inginkan wajah cantik dan tak nampak pucat? Jom atasinya dengan cara solekan natural.

Menggunakan mekap atau solekan ketika keluar bersiar-siar merupakan perkara wajib bagi sesetengah wanita. Biasanya jika keluar tanpa mengenakan sebarang mekap, seorang wanita itu akan hilang keyakinan diri serta merasakan dirinya tidak menarik.

Sungguhpun begitu, kebanyakan wanita tidak suka mekap berlebihan dan hanya mengoleskan wajah dengan bedak asas dan pencalit mata sahaja untuk kelihatan sederhana dan tidak nampak pucat.

 

Jom kita teliti bagaimanakah cara mendapatkan wajah yang minimalis dengan solekan natural:

1. Persediaan Kulit Wajah

Pertama, bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Kandungan alkohol hanya akan menjadikan kulit kering dan tidak sesuai untuk kuit wajah. Penggunaannya boleh  menyebabkan kulit wajah mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.

 

Baca Juga: Pelembab Wajah

 

2. Cerahkan Wajah

Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukannya berkilat dan berminyak. Untuk kesan begini, sapukan “highlighter” di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.

 

3. Periksa Cela Wajah

‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela pada wajah, tetapi jika terlalu tebal dan banyak sangat, ianya akan membuatkan makeup kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘Concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.

 

Baca Juga: Fungsi Concealer

 

4. Pilih Bedak Yang Tepat

Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘transculent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

 

Baca Juga: Bedak Asas

 

5. Bermain Mata

Tampil dengan solekan tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih wajah kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata sebaiknya pilih jenis ‘Matte’. Hindari pembayang mata  jenis ‘glossy’  atau berkilat.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<<  Jom ketahui tips memilih bedak asas di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Tips Bantu Atasi Anak Malas Belajar

Next post

13 Rahsia Lelaki Yang Wajib Anda Ketahui

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *