5 Tips Mudah Bermain Warna Ketika Bermekap
Kredit Foto: becomegorgeous
Bermekap. Tentu ramai di antara kita yang suka bermekap untuk nampak lebih cantik, kan.
Anda tentu mahu tampil menarik dan sempurna sepanjang hari.Warna adalah elemen yang dapat mengubah persepsi orang terhadap sebuah benda atau suasana. Boleh membawa kepada perubahan yang lebih baik atau sebaliknya, iaitu perubahan yang lebih buruk.
Sebagai wanita sudah tentu anda inginkan sesuatu yang indah, terutama untuk menyokong penampilan anda. Ternyata elemen warna ini sudah teruji dan dapat ‘mengangkat’ penampilan anda menjadi lebih Ok, termasuklah salah satunya, permainan warna dalam bermekap.
Baca Juga: Kuasa Lipstik Merah
Tapi, perlu diingat, bermekap dengan menggunakan warna ada batas-batasnya, agar anda tidak tampil pelik atau menyakitkan mata.
Tips mudah ‘bermain’ warna ketika bermekap:
1. Fokuskan pemakaian warna yang kuat hanya pada satu bahagian sahaja, misalnya mata yang anda anggap paling menarik. Untuk warna mekap di bahagian bibir dan pipi, berilah warna yang lebih natural. Apabila ketiga-tiga bahagian tersebut diberikan warna terang yang berbeza, sudah pasti dandanan kamu akan kelihatan ‘over’
2. Secara umum, kelopak mata adalah salah satu bahagian yang pewarnaannya sering diaplikasikan secara berlebihan. Belajarlah untuk mengaplikasikan ‘eye shadow’ di bahagian kelopak ini tipis-tipis, dan jika perlu baru dilapisi lagi sehingga kadar warnanya mampu terkawal.
Baca Juga: Mekap Mata
3. Untuk mendapatkan sentuhan ‘smokey eyes’, warna hitam bukanlah satu-satunya pilihan. Kamu boleh mengaplikasikan warna coklat atau kelabu sebagai alternatif. Aplikasikan tipis-tipis pada kelopak mata anda sampai kadar warnanya sesuai dengan keinginan kamu untuk mencipta ‘smokey look’.
4. Apabila anda perhatikan ramai selebriti yang sukses menggunakan ‘eyeliner’ warna hitam pekat untuk menguatkan lagi garis mata mereka. Sayangnya warna ini juga boleh membuatkan mata anda terlihat sangat kecil. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan ‘eyeliner’ di sudut luar mata sahaja, bukan di sekeliling mata. Bagi anda yang belum terlalu mahir, disarankan untuk menggunakan ‘eyeliner’ berbentuk pensel, kerana penggunaan ‘eyeliner’ memerlukan kepakaran.
5. Selain itu, apabila warna mekap yang anda pakai bergaya natural, pilihlah anting-anting atau kalung yang berwarna cerah dan terang atau yang bentuknya bervariasi dan bukannya terlalu simple.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ingin tahu cara nak awet muda dengan ‘home facial'? Baca di sini.
No Comment