ModeStail

Tampil Lebih Manis Dengan Warna Merah Jambu

Warna Merah Jambu - Women Online Magazine 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: clarewbrown

Warna Merah Jambu. Ia adalah warna yang cukup sinonim dengan wanita. Ramai wanita kelihatan lebih menawan dan manis apabila mengenakan fesyen berwarna merah jambu.

Warna merah jambu yang cerah dan natural boleh membuat penampilan anda kelihatan segar dan menarik.Berikut beberapa tips yang boleh anda terapkan ketika memilih fesyen warna merah jambu agar ia tidak meninggalkan kesan yang berlebihan sehingga merosakkan penampilan anda.

Bermain Dengan Warna Pastel

Warna merah jambu adalah warna yang memberikan kesan ceria. Pastikan gaya anda tidak berlebihan walaupun anda sememangnya pencinta warna merah jambu. Anda tidak perlu mengenakan pakaian serba merah jambu. Memadai jika aksesori anda padu padankan dengan pakaian warna lain.Untuk memberikan sedikit sentuhan yang lebih lembut, pilih warna-warna pastel. Warna ini akan membantu anda kelihatan lebih ayu. Anda boleh menambah warna pastel ini di bahagian aksesori ataupun pakaian anda.

 

Baca Juga: Motif Flora

 

Kombinasikan Dengan Warna Merah Jambu Lembut

Jangan menggunakan satu warna merah jambu yang sama untuk keseluruhan pakaian dan aksesori. Contohnya jangan pakai warna merah jambu cerah untuk baju dan seluar atau skirt. Sebaliknya, cuba gandingkan dengan warna merah jambu lembut atau merah jambu pucat. Atau jika anda menggayakan pakaian warna merah jambu, anda boleh menggunakan beg tangan yang memiliki corak warna merah jambu. Ia akan membuatkan penampilan anda nampak lebih cantik dan manis.

Gunakan Jaket Denim

Jaket berbahan denim akan memberikan sentuhan yang berzeda jika dipadukan dengan warna merah jambu. Style denim sangat sesuai digayakan ketika anda keluar bersama kawan-kawan.

Aksesori Merah Jambu

Aksesori merah jambu seperti loket atau gelang mampu menunjang penampilan agar lebih menarik. Apabila anda memutuskan ingin memakai aksesori warna merah jambu, pilihlah pakaian yang tidak terlalu ‘meriah’ supaya aksesori tersebut tidak “tenggelam”. Aksesori merah jambu boleh dipadukan dengan pakaian warna lain seperti warna biru, krim, ungu ataupun kuning.

 

Warna Merah Jambu - Women Online Magazine 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto: sites.psu.edu,fashionandwoman,favim

Info Ekstra!

Perhatikan fesyen anda ketika bereksperimen dengan warna merah jambu supaya ia tidak mencacatkan seluruh penampilan anda. Ada beberapa perkara yang perlu anda hindari ketika menggayakan warna merah jambu:

  1. Hindari memadukan warna merah jambu dengan warna pastel seperti biru muda atau biru lembut. Ia akan membuatkan anda nampak seperti kebudak-budakan.
  2. Hindari memadukan warna hitam atau warna yang gelap sekali bersama dengan warna merah jambu.
  3. Anda akan kelihatan lebih bergaya dengan memadukan warna merah jambu dengan warna putih.
  4. Anda boleh juga memadukan warna merah jambu dengan warna yang lembut, seperti putih, krim, coklat muda dan denim untuk menyerlahkan lagi gaya penampilan anda.
  5. Bagi warna merah jambu lembut anda boleh memadukan dengan warna krim. Ketika bersolek, jangan lupa pakai perona pipi warna merah jambu lembut.
  6. Kalau suka dengan merah jambu terang menyala, anda boleh memadukannya dengan warna hijau rumput. Ia akan menampilkan kesan segar dan berani.
  7. Nampak serasi jika anda memadukan warna pink dengan seluar jeans.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Semak koleksi tudung bawal terkini di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

17 Makanan Kelantan Paling Sedap

Next post

Kehebatan Luar Biasa Anjing Polis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *