ModeStail

5 Pakaian Yang Tak Boleh Digayakan Oleh Si Badan Kurus!

Badan Kurus - woman online magazine

Kredit Foto : chicmags

Badan Kurus. Apakah anda tersenarai dalam kategori wanita yang berbadan kurus?Wanita yang memiliki badan kurus ternyata lebih mudah mengayakan potongan pakaian yang sesuai dengan ukuran badannya.

Dalam berpenampilan, perkara yang paling penting untuk  anda perhatikan ialah ukuran badan. Tak kiralah anda wanita yang bertubuh gemuk ataupun kurus. Sudah pasti anda mahukan baju yang sesuai agar penampilan anda kelihatan cantik dan sempurna.

Pemilihan baju yang tepat dan cantik merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh kebanyakan wanita untuk kelihatan lebih yakin dan menarik. Jadi, tidak hairanlah kaum wanita memerlukan waktu berjam-jam dalam memilih atau membeli pakaian!

 

Baca Juga: Gemuk Itu Cantik

 

Bagi anda yang berbadan kurus, anda juga perlu tahu apakah pakaian atau baju yang sesuai buat anda. Ini adalah kerana jika anda tersalah memilih pakai termasuk potongannya ia boleh mencacatkan penampilan anda.Kesalahan memilih potongan pakaian boleh membuatkan anda kelihatan sangat kurus sehingga membuatkan penampilan anda menjadi kurang menarik.

 

Berikut beberapa pakaian yang disarankan untuk anda yang berbadan kurus. Jenis-jenis pakaian ini dapat membuatkan badan anda kelihatan lebih berisi.

Ropol atau detail ruffles akan memberikan efek tubuh yang lebih berisi. Pilih yang memiliki banyak ropol kerana ia akan menambah volume tubuh anda. Di samping itu, anda boleh menambahkan pelbagai aksesori seperti gelang, rantai atau aksersori lain agar penampilan anda yang berbadan kurus ini kelihatan lebih menarik.

 

Anda yang berbadan kurus boleh memakai baju dengan motif horizontal.Garis horizontal akan memberi kesan melebarkan tubuh.Secara tak langsung, badan kurus akan kelihatan lebih lebar dan membuatkan anda nampak berisi. Selain itu, pilihlah motif horizontal dengan warna yang ceria. Untuk nampak lebih serasi, cuba padankannya dengan jeans berwarna gelap.

 

Anda yang berbadan kurus usah pakai baju yang warna gelap. Sebaliknya pilihlah warna terang dan segar seperti , merah, pink, biru terang atau kuning yang mampu membuatkan badan anda nampak lebih besar.Sungguhpun begitu, cuba sesuaikan juga dengan warna kulit anda supaya penampilan kelihatan semakin cantik.

 

Memilih baju yang tebal yang diperbuat daripada bahan yang selesa adalah salah satu alternatif berpakaian terbaik yang sebaiknya dilakukan oleh orang yang memiliki badan kurus. Material ‘kait’ ini lebih tebal jika dibandingkan dengan material lain.Jadi, sebablah itulah ‘knitted’  seperti ‘sweater’ dan ‘vest’ sangat sesuai untuk anda yang berbadan kurus. Anda boleh juga gabungkan kemeja dengan ‘vest’, ‘romper’ atau ‘sweater’.

 

Antara pakaian yang tidak disarankan buat anda yang berbadan kurus:

1.Pakaian yang terlalu ketat

Di sebabkan terlalu ketat dan melekat pada tubuh, ia akan menampakkan lagi dengan jelas bentuk badan anda yang kurus itu. Jika anda ingin menyamarkannya, hindari memakai pakaian yang terlalu ketat.

 

2. Jangan pilih pakaian berwarna gelap

Warna gelap akan memberikan kesan lebih kurus, jadi jika tidak mahu membuatkan badan anda nampak lebih kurus, elakkan memakai pakaian berwarna gelap.

 

3. Elakkan pakai yang terlalu longgar

Biarpun anda tidak disarankan memakai  pakaian yang terlalu ketat, tidak bermakna anda harus memilih pakaian yang terlalu longgar.Pakaian yang terlalu besar akan membuatkan badan anda semakin nampak kecil dan kurus.

 

4. Hindari pakaian dengan motif garis vertikal

Garis vertikal akan membuatkan anda kelihatan lebih kurus disebabkan efek garis-garis yang ditimbulkan.

 

5. Pakaian dari bahan yang nipis

Material pakaian yang nipis  tidak akan membantu menambahkan volume tubuh anda. Sebaliknya akan membuatkan badan kurus anda menjadi semakin jelas kelihatan.

 

SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui tips bergaya buat anda yang bertubuh gemuk di sini. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Masalah Kesihatan Paling Gerun Buat Wanita 40-an

Next post

6 Cara Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *