ModeStail

Baju Mandi Muslimah Pilihan Terbaik Wanita Muslim

Baju Mandi Muslimah - Women Online Magazine

Foto: hasema.de

Menghabiskan masa di kolam renang sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat hari ini, sama ada untuk kecergasan ataupun aktiviti riadah bersama keluarga.Para wanita Muslimah sering mengalami masalah pakaian ketika menjalani aktiviti air.

Kebanyakan kolam renang, pakaian seperti kemeja-T dan seluar trek tidak lagi dibenarkan. Kini, pakaian mandi Muslimah telah diperkenalkan sekitar tahun 2006 dan semakin popular sehingga kini.Baju mandi Muslimah adalah pilihan terbaik bagi wanita Muslim untuk menjalani aktiviti air secara sopan. Baju mandi Muslimah biasanya diperbuat daripada bahan polyester iaitu campuran dari lycra atau spandex yang tidak mnyerap air. Pengunaan bahan untuk baju mandi Muslimah adalah penting untuk menjaga keselamatan pemakai.

Jenis Baju Mandi Muslimah

  • Muslimah Loose Fit Swimsuits

Muslimah Loose Fit Swimsuits telah direka untuk kesopanan, keselesaan dan keyakinan semasa berenang aktif dan juga ketika keluar dari air. Diperbuat daripada spandex dan nylon, kualiti sama seperti baju renang lain. Ia direka dengan pengeringan pantas dan tahan klorin.

  • Muslimah Slim Fit Swimsuits

Terdiri daripada pakaian, seluar dan hud. Ia direka untuk pakaian selesa di dalam air. Muslimah Slim Fit Swimsuits akan memudahkan lagi pergerakan pemakai di dalam air. Diperbuat daripada 185 gram, minimum 20% dari spandex dan 80% dari nylon.

  • Muslimah Plus Size Swimsuits

Khas untuk mereka yang bersaiz besar. mereka yang bersaiz besar sering mengalami masalah kerana tiada saiz, tetapi kini ia tidak lagi menjadi masalah. menggunakan fabrik yang sama seperti baju renang lain, Muslimah plus size swimsuits sangat selesa dipakai.

Kesimpulan

Bagi wanita Muslim yang mengalami masalah pakaian untuk aktiviti air, ini adalah berita gembira untuk anda. Pemakaian baju mandi Muslimah ini lebih selesa dibandingkan dengan memakai T-shirt. Baju mandi muslimah bukan sahaja menutup aurat, tetapi juga ringan dan sesuai untuk semua aktiviti air.

<< Ketahui fesyen Muslimah yang boleh buat anda tampil lebih bergaya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Selamat Memotong Kuku Bayi Yang Baru Lahir

Next post

Pentingnya Kesedaran Tentang Penjagaan Mulut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *