ModeStail

Fesyen Muslimah Tetap Boleh Buat Anda Tampil Penuh Gaya

Fesyen Muslimah - Women Online Magazine 1-2

Menutup aurat adalah tuntutan yang wajib bagi seorang Muslim. Walaupun begitu, tuntutan tersebut tidak pernah menghalang wanita Muslimah untuk bergaya, asalkan masih mengikut landasan agama yang betul.

Apakah fesyen Muslimah yang sering menarik perhatian wanita hari ini? Jom, semak!

Fesyen Muslimah - Women Online Magazine 2-2

  1. Jubah Pelbagai Potongan

Fesyen Muslimah seperti jubah sangat mendapat tempat dikalangan wanita Muslimah di negara ini. Ini adalah kerana, selain menutup aurat, ia juga datang dengan pelbagai potongan dalam pelbagai pilihan warna. Jubah sebagai pakaian fesyen Muslimah amatlah sesuai kepada semua wanita diluar sana.

  1. Dress Labuh

Dalam kamus fesyen Muslimah, dress labuh juga sering dijadikan outfit yang sinonim dengan wanita muslimah. Dress labuh berpotongan moden tetap menerapkan ciri-ciri menutup aurat. Anda boleh memilih dress labuh polos ataupun yang bercorak tetapi anda harus mementingkan warna dress labuh tersebut kerana jika anda tersalah pilih, anda mungkin akan menjadi mangsa fesyen.

  1. Seluar Jeans Potongan Besar

Dalam dunia yang serba moden, fesyen muslimah juga mengikut peredaran zaman. Seluar jeans potongan besar boleh digayakan bersama baju T-shirt serta blouse yang sepadan, ditambah pula dengan shawl yang ranggi pasti akan menaikkan seri pemakai.

  1. Kemeja Berkotak

Mungkin kemeja berkotak sangat popular pada zaman 80-an, kini ia kembali dalam pelbagai potongan dan warna. Kemeja berkotak potongan besar boleh dipakai ketika anda keluar bersiar-siar dan anda juga boleh menggayakannya dengan kasut ‘sneakers’.

 

Fesyen Muslimah - Women Online Magazine 3-2

  1. Seluar Slack Potongan Besar Bersama Kemeja Polos

Fesyen Muslimah seperti ini adalah sangat sesuai bagi anda yang berkerja. Anda boleh mngenakan outfit ini untuk ke pejabat. Seluar slack berwarna kelabu cerah dan dipadankan bersama kemeja putih sangatlah sesuai bagi semua golongan usia. Anda boleh ‘tuck-in’ kemeja tersebut ataupun biarkan ia diluar dan digayakan bersama tali pinggang kecil berwarna coklat gelap pastinya kelihatan penuh berkarisma.

  1. Skirt Kembang Bersama Baju T-Shirt Polos

Kali ini fesyen Muslimah seperti skirt kembang dan baju T-shirt polos memperlihatkan ciri-ciri keayuan di dalam diri wanita tersebut. Pelbagai potongan dan jenis fabrik skirt kembang yang boleh anda dapati di pasaran pastinya ia akan menggamit perhatian anda. Anda perlu bijak memilih baju T-shirt untuk dipadankan dengan skirt kembang.

  1. Kardigan

Kardigan boleh dipadankan dengan apa jua pakaian tidak kira baju T-shirt mahupun dress labuh. Kesemuanya adalah sepadan setanding dengan fesyen Muslimah yang ranggi dan moden. Anda boleh memilih samada ingin membutangkan kardigan tersebut ataupun sebaliknya.

Selamat berfesyen Muslimah sekalian!

Kredit foto: shopify.com,moonabaya,artizara,oldnavy,walmartimages,gap,kimisonweb,kaleidoscope

<< Anda tetap boleh nampak stylish walaupun dengan T-shirt murah. Ingin tahu selanjutnya, baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Disney Merubah Selebriti Asia Tenggara Kepada Ikon Disney Princess. Antaranya Marsha & Daiyan

Next post

Apa Punca & Bahaya Uri Bawah Rahim? Baca Di Sini...

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *