DekoStail

Pilih Warna Cat Yang Mampu Menenangkan Jiwa Untuk Bilik Tidur Anda

Warna Cat Bilik Tidur  - Woman Online Magazine

Kredit :homeideas

Bilik tidur seharusnya mampu memberikan ketenangan buat penghuninya. Di situlah anda akan menghabiskan masa serta beristirahat pada waktu malam setelah seharian penat bekerja pada siang hari.

Ternyata warna cat dinding untuk ruang interior memainkan penting dalam dekorasi bilik tidur.Memilih warna cat bilik tidur tidak boleh sembarangan kerana warna tersebut boleh mempengaruhi kehidupan kita.Selain itu, warna cat bilik tidur juga mewakili keperibadian kita.

Warna memiliki energi untuk mengubah ukuran ruangan .Jika anda mempunyai sebuah bilik tidur yang sederhana keluasannya, anda  perlu mencari ide untuk warna cat bilik tidur tersebut. Anda perlu memilih warna cat bilik tidur yang benar-benar mampu membuatkan bilik tidur anda yang sempit itu kelihatan lebih besar ataupun luas daripada sebelumnya.

Mungkin ada di antara anda yang berasa susah untuk memilih warna cat bilik tidur.Ketika memilih warna cat bilik tidur, anda perlu bersikap terbuka bahawa warna yang anda pilih itu boleh membuatkan bilik tidur anda yang sederhana itu  kelihatan lebih besar. Bahkan warna-warna dinamik yang dipilih itu mampu berubah keseluruhan ruang bilik anda.

Pilih Warna Yang Sesuai

Beberapa contoh warna cat bilik tidur yang disarankan adalah cat warna bumi dan warna putih. Warna -warna seperti coklat muda dan oren kekuningan sesuai buat bilik tidur yang bersaiz kecil. Selain itu, anda juga boleh  memanfaatkan warna terang sebagai sinar matahari di bilik tidur anda. Misalnya, warna tenang seperti biru.Warna ini selain melambangkan ketenangan dan harmoni, ia juga menandakan kesetiaan. Selain warna biru, warna ungu menandakan kebahagiaan, kesuburan dan kreativiti.Warna ungu akan kelihatan lebih menarik apabila dipadukan dengan warna lembut seperti putih.Penggunaan warna-warna neutral seperti warna putih adalah seleksi yang jujur ​​yang dapat menciptakan kesan bilik tidur yang lebih luas.

Warna Cat Bilik Tidur – Biru Muda

Warna biru muda pada dinding bilik tidur akan memberikan kesan tenang, sejuk dan harmoni. Jika ingin bilik tidur anda berasa sejuk, pilihlah warna biru muda.

Warna Cat Bilik Tidur 1 - Woman Online Magazine

Kredit :whapin

Warna Cat Bilik Tidur – Putih

Ini adalah warna cat bilik tidur yang biasa kita lihat hampir di setiap kediaman. Warna putih akan membuatkan penampilan bilik tidur anda kelihatan lebih ringan dan cerah. Jika anda menyukai kelengkapan tidur daripada furniture kayu, warna cat bilik tidur putih akan membuatkan kelengkapan tersebut nampak lebih ‘kelas’.

Modern White and Cream Interior Design of Bedroom

Kredit :lixdecor

Warna Cat Bilik Tidur – Kuning

Warna kuning adalah pilihan yang baik untuk bilik tidur kerana ia memberikan kesan hangat dan cerah. Jika anda menyukai warna-warna cerah,warna kuning adalah pilihan tepay untuk membuat dinding bilik tidur anda nampak ‘superb’.

Warna Cat Bilik Tidur – Hijau Firus

Cahaya terbaik yang dapat anda berikan untuk warna cat bilik tidur anda adalah hijau firus.Warna ini akan membuatkan perasaan anda menjadi lebih santai dan semangat . Warna hijau firus ini juga akan membantu meningkatkan semangat semangat anda setiapkali bangun daripada tidur pada pagi hari.

Warna Cat Bilik Tidur 5 - Woman Online Magazine

Kredit :home-designing

Warna Cat Bilik Tidur – Ungu Cair

Warna ungu cair atau ungu muda menciptakan kesan elegan dan romantik. Bagi mendapatkan tidur malam lebih selesa dan berkualiti, jangan teragak-agak untuk memilih warna ungu muda . Warna ini sering digunakan dalam design rumah minimalis.

Warna Cat Bilik Tidur 3- Woman Online Magazine

Kredit :lakeviewacresgrocery

Warna Cat Bilik Tidur – Merah

Warna dinding merah membuat anda menjadi lebih bersemangat dan optimis. Jika anda ingin mengaplikasikan warna merah, perhatikan pemilihan tona dan keluasan ruang bilik. Merah memberikan efek lebih sempit, namun akan kelihatan lebih dramatik jika dikombinasikan dengan warna-warna yang tidak menonjol seperti putih, krim atau kuning cair.

Warna Cat Bilik Tidur 2- Woman Online Magazine

Kredit :miraloaca

Warna Cat Bilik Tidur – Merah Jambu

Warna merah jambu atau pink, sangat dominan, mampu memberikan kesan segar dan lembut .Aplikasikan dengan furniture yang “wall to wall” untuk menjadikan bilik tidur anda nampak kemas dan modern.Bilik tidur dengan warna ini sesuai buat anda yang berjiwa lembut dan feminin.

Warna Cat Bilik Tidur 4- Woman Online Magazine

Kredit :hometone

<< Ketahui tips hias dan cipta suasana segar di bilik tidur utama di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

12 Petua Awet Muda Semulajadi Yang Wajib Anda Praktik Jika Tak Mahu Muka Nampak Tua

Next post

Penawar Sakit Buah Pinggang - Pastikan Anda Pilih 10 Makan Makanan Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] Warna Cat Bilik Tidur | Women Online MagazineAnda perlu memilih warna cat bilik tidur yang mampu membuatkan bilik tidur anda kelihatan lebih … Pilih Warna Cat Yang Mampu Menenangkan Jiwa Untuk Bilik Tidur Anda;pergi ke laman web […]

Leave a Reply to warna yang sesuai untuk bilik tidur | perabot-my.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *