DekoFamiliStail

Cara Terbaik Hias Ruang Tamu Agar Nampak Luas

Cara Hias Ruang Tamu - women online magazine

Kredit Foto: griyaidola,infobisnispropertirumahidealis,infopropertiterbaru,namialusimza,home-designing

Cara Hias Ruang Tamu. Tahukah anda ruang tamu mampu mencerminkan karakter pemilik rumah?

Jadi, sebab itulah biarpun kediaman anda tidak luas, anda tetap perlu memikirkan atau mengambil kira cara hias ruang tamu tersebut.  Disebabkan keluasannya terhad,  cara hias ruang tamu yang paling penting anda ambil kira adalah konsep dan kelengkapan perabot yang dipilih. Pastikan ia tidak memakan ruang dan perlu digayakan dengan rapi, cantik serta selesa.

Jom, ketahui lebih lanjut bagaimana mencipta atau hias ruang tamu yang kecil supaya nampak lebih cantik dan selesa.

1.Permainan Warna

Cara Hias Ruang Tamu - women online magazine (3)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Untuk mencantikan hias ruang tamu yang sempit, sebaiknya warna cat dinding dengan perabot atau aksesori harus dalam keadaan yang seimbang. Kombinasi warna yang seimbang mampu mencipta suasana yang dinamik. Selain kesimbangan warna diperlukan juga permainan warna, seperti warna-warna lembut terutama untuk aksesori. Contohnya, pasu bunga, alas meja dan bingkai foto berupaya mencipta suasana yang indah dan menarik pada dekorasi ruang tamu kecil anda.

Kesan lapang juga boleh dimiliki dengan melakukan permainan kombinasi warna cat, seperti warna putih, warna krim, kuning cerah dan turquoise. Warna ini senang untuk disepadankan dengan kelengkapan perabot.

 

2.Memilihan Perabot

Cara Hias Ruang Tamu - women online magazine (2)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Untuk perabot seperti sofa, meja dan kerusi sebaiknya anda memilih yang ukurannya tidak terlalu besar dengan rekaan yang minimalis mahupun sederhana. Dalam perkara ini sebaiknya anda lebih mengutamakan fungsi daripada rekaan perabot tersebut. Selain itu, pemilihan perabot yang berukuran kecil akan membantu anda mendapatkan ruang lain yang boleh dimanfaatkan bagi keperluan lain.

 

3.Maksimumkan Ruang

Cara Hias Ruang Tamu - women online magazine (1)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Eleman ini juga tidak kalah pentingnya.Langkah ini bertujuan untuk mencipta ruang yang sempit menjadi ruang yang lebih besar dan fleksibel. Pemilihan perabot yang multifungsi dapat membantu anda mengurangi lebih banyak perabot yang mungkin anda gunakan sehingga membuatkan ruang tamu kediaman anda yang sempit itu menjadi lebih lapang dan selesa.

 

Baca Juga: Trik Ruang Tamu Nampak Mewah

 

Anda perlu lebih bijak dan kreatif dalam menentukan dan memilih hiasan atau aksesori apa yang sesuai digayakan untuk ruang tamu tersebut. Jika anda ingin menggantungkan beberapa lukisan atau foto, tempatlah secara rapi dan dalam bentuk simetris. Perkara ini membantu agar ruang tidak terkesan ‘huru-hara’.

 

4. Lampu

Cara Hias Ruang Tamu - women online magazine (4)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Lampu juga memiliki peranan penting terhadap penampilan ruang yamu secara menyeluruh. Pilih warna lampu hias yang sesuai untuk memberikan kesan hebat pada ruang tamu agar nampak lebih luas. Penggunaan warna lampu yang tepat boleh membuatkan ruang tamu kecil nampak luas dan bersih.

 

5. Hindari Langsir Yang Tebal

Mempunyai sebuah tingkap yang luas  sangat bagus untuk ruang tamu kediaman yang sempit. Supaya tidak nampak ‘lemas’, anda disarankan memilih langsir atau tirai yang lebih ringan atau yang tembus pandang. Memberikan langsir yang tebal dan berat akan membuatkan suasana di ruang tamu menjadi lebih sarat.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Jom ketahui punca anda dan pasangan anda boleh bergaduh..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Lazat Ayam Masak Lemon

Next post

7 Punca Utama 'Perang Dingin’ Terjadi Dalam Perhubungan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *