CantikKulit

12 Petua Awet Muda Semulajadi Yang Wajib Anda Praktik Jika Tak Mahu Muka Nampak Tua

Petua Awet Muda - Woman Online magazine

 

Kredit :

bp

 

 

Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana wanita di dunia ini dengan semulajadi. Apatah lagi untuk mengurangkan pertambahan usia!

Sungguhpun begitu, anda boleh melambatkan proses tersebut dengan cara merawat kulit agar awet muda, cantik dan sihat selalu.Untuk melaksanakannya tidaklah terlalu sukar serta memerlukan belanja yang cukup mahal. Sebaliknya anda hanya perlu melakukan pola hidup sihat dan lebih berdisiplin dalam memilih makanan yang akan anda nikmati.

Sebaiknya jangan makan sembarang semata-mata untuk kenyang atau mengalas perut tanpa memikirkan efek pada tubuh. Makan adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi dan zat tubuh. Jadi pilihlah makanan yang sebaiknya mampu memenuhi keperluan tubuh.

Petua Awet Muda Semulajadi

Berikut beberapa petua awet muda yang boleh anda praktik agar dapat memutarbalikkan waktu:

Hilangkan mitos menjadi tua itu buruk dan tidak bermakna. Semakin anda mempercayai persepsi bahawa semakin bertambahnya usia keanggunan anda semakin berkurangan, maka perkara itu akan benar-benar terjadi!

Bersihkan gigi secara rutin. Terdapat kajian yang mengatakan, lelaki di bawah 50 tahun yang berpenyakit periodontal mempunyai peluang 2,6 kali lebih tinggi untuk meninggal dunia di usia muda dan peluang 3 kali ganda untuk meninggal dunia akibat terkena penyakit jantung dibandingkan lelaki yang mempunyai gigi sihat. Ini adalah kerana penyebab utama penyakit ‘periodontitis’. Menjaga kebersihan gigi, memberus gigi secara rutin pada setiap hari serta rajin membuat pemeriksaan doktor gigi boleh mengurangkan kemungkinan terkena penyakit tersebut.

Sentiasa berfikiran positif. Keadaan emosi yang positif sejak kecil lagi akan membantu untuk menghilangkan rasa cemas serta memanjangkan usia. Sikap seseorang dengan kesihatan fizikal dan mental saling berkait rapat.

Bersenam.Orang yang melakukan senaman secara rutin memiliki kesihatan jantung yang lebih baik daripada mereka yang tidak bersenam. Senaman terbaik yang disarankan ialah berenang, berkuda,memanah, berbasikal dan berjoging

Hindari Stress.Stress sangat berkait rapat dengan keadaan badan. Bermula dari selsema hinggalah ke penyakit kanser, gangguan jantung, darah tinggi, depresi, gangguan kesuburan dan diabetis. Ianya bermula daripada stress.Untuk meningkatkan kesihatan dan hidup lebih lima hindari stress.

Pertahankan kesihatan kulit. Pengambilan lobak merah boleh menjaga kesimbangan pH pada permukaan kulit dan sedikit  sebanyak meningkatkan asid kulit yang akan membantu untuk menyingkirkan bakteria jahat yang hinggap di kulit. Manakala coklat  pula membantu memperbaiki tekstur, kadar air, ketebalan dan melancarkan pengaliran darah ke kulit.

Tidur yang mencukupi.Tidur yang cukup adalah sekitar 6 – 8 jam setiap hari

Cinta dan kasih sayang. Petua awet muda yang seterusnya adalah dengan memberikan cinta dan kasih sayang. Untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang anda perlu memberikan kasih sayang kepada orang lain dan untuk terus dicintai, anda harus mencintai. Ajari dan pupuklah rasa cinta dan kasih sayangkepada anak-anak sejak dari kecil lagi supaya anda akan mendapatkan cinta dan kasih sayang itu daripada mereka apabila tua nanti.

Info Ekstra!

Petua Awet Muda Melalui Makanan:

* Lobak Merah

Mengandungi: betakroten

Fungsinya: melindungi kulit daripada sinar matahari

* Paprika Merah

Mengandungi : betakaroten & vitamin C

Fungsinya: untuk pembentukan kolagen semulajadi yang akan menegangkan kulit

* Strawberi

Mengandungi: vitamin C & asid elagik

Fungsinya: asid elagik mengurangkan kerosakan DNA (Deoxyribonucleic acid) yang mengundang kedutaan pada kulit.

* Anggur

Mengandungi : anthocyanins

Fungsinya: membentuk kolagen dan menguatkan pembuluh darah yang menyebarkan oksigen dan nutrisi serta membuang racun dari dalam tubuh.

* Bawang bombay

Mengandungi : flavonoids & diallyl sulfide

Fungsinya : antioksidan pelindung DNA, anti peradangan dan alergi

*Avokado

Mengandungi : vitamin E

Fungsinya: memerangi radikal bebas, pembentukan sel kulit baru, menguatkan jaringan kolagen dan mengurangi risiko kanser kulit.

<< Ketahui langkah mudah merawat kulit wajah sebelum tidur di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Badan Nak Pakai Lama.Jaga Pemakanan Anda Setelah Keguguran. Elak Makanan Ini!

Next post

Pilih Warna Cat Yang Mampu Menenangkan Jiwa Untuk Bilik Tidur Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *