ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Sarang Semut

resepi biskut sarang semut- women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Biskut Sarang Semut cukup popular sejak dahulu lagi, terutama pada musim perayaan,khususnya Hari Raya Aidilfitri.

Resepi Biskut Sarang Semut ini cukup mudah, dan boleh anda praktik membuatnya di rumah.  Aroma yang keluar daripada kuih ini, hurmm… sungguh memikat, sehingga anda pasti tidak sabar untuk menikmati keenakan Biskut Sarang Semut ini.

Cara Membuat Biskut Sarang Semut:

Bahan-Bahan untuk Biskut Sarang Semut

250 gram mentega

100gram gula castor

359gram tepung gandum (diayak)

100 gram tepung kastad (diayak)

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla

½ sudu the serbuk penaik

Hiasan Biskut Sarang Semut

Sedikit coklat rice

Cawan kertas kecil

Cara Membuat Biskut Sarang Semut

–        Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

–        Masukkan kuning telur, esen vanilla,serbuk penaik dan baur hingga sebati.

–        Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul serta uli sehingga sebati.

–        Parut atau sagat  adunan ke dalam ke dalam mangkuk besar.

–        Kemudian, bolehlah sudu adunan yang sudah diparut atau sagat itu ke dalam cawan kertas.

–        Tabur coklat rice dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius sampai masak (anggaran 15 minit.)

–        Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kami ada cadangan untuk menu Biskut Raya 2014 anda. Sila klik mana-mana tajuk untuk dapatkan resepinya di sini..

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Khasiat Buah Pisang Untuk Diet Anda

Next post

7 Jenis Buah Untuk Diet Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *