CantikDietSihat

Cara Terbaik Si Kurus Naikkan Berat Badan

tips si kurus naikkan berat badan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Setiap daripada kita pasti mahu memiliki berat badan yang ideal. Jom pelajari cara naikkan berat badan anda di sini..

Apabila disebabkan  tubuh dan berat badan yang ideal, seseorang akan berasa lebih berkeyakinan dengan penampilannya Memiliki tubuh yang kurus sebenarnya tiada masalah, asalkan tidak terlalu kurus.

Tubuh yang terlalu kurus akan membuatkan seseorang itu kelihatan lemah, tidak bermaya seperti orang sakit dan nampak kurang menarik.

Jika Ramai yang berbadan kurus sering mengeluh sukar untuk menaikkan berat badan walaupun telah mengambil makanan dengan kuantiti dan kalori yang banyak.

Sebenarnya menambah atau menurunkan berat badan tidak terlalu sukar, asalkan anda semua sanggup kembali pada tekad yang kuat serta disiplin diri. Setelah tekad diperkuatkan, jadi anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah ini.

Antara langkah-langkah untuk menaikkan berat badan anda ialah:

1) Disiplin Ketika Makan

Antara langkah untuk menaikkan berat badan ialah sentiasa berdisiplin untuk menjamah makanan mengikut jadual makan anda. Jangan sesekali lepaskan hidangan anda, sekurang-kurangnya pada pada tiga hidangan penting iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Sesibuk mana pun jadual kerja, pastikan anda tidak terlepas waktu makan anda. Jika berkesempatan, ambillah juga hidangan pada waktu petang supaya lebih mudah langkah anda untuk menaikkan berat badan itu.

2) Makan Secukupnya

Selain daripada disiplin dengan jadual pemakanan anda, makan dengan secukupnya atau lebih antara salah satu cara untuk menaikkan berat badan. Pastikan makanan anda mempunyai sumber makanan yang kaya dengan kabohidrat dan protein yang tinggi.

Bagi yang berbadan kurus, anda disarankan mengambil makanan yang mempunyai lemak kerana ia dipercayai dapat membantu menaikkan badan anda dengan kadar yang segera.

3) Sentiasa Mempunyai Stor Makanan

Kadangkala antara penyebab seseorang itu kurus dan sukar untuk menaikkan berat badan adalah disebabkan tabiat mereka yang sanggup berlapar kerana malas mencari makanan jika tiada di dalam rumah atau stok mereka.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda disyorkan untuk menyediakan makanan di dalam stok anda dan diletakkan di tempat yang senang digapai. Letakkannya di almari dapur anda, ruang kereta, di atas meja anda melakukakan kerja dan lain-lain lagi.

Ia memudahkan anda sentiasa mengisi perut anda apabila perut sudah lapar dan tidak perlu lagi menahan kesengsaraan anda.

4) Berhenti Merokok

Ya, ia lebih mudah berkata daripada yang mengalaminya. Namun, rokok adalah antara penyebab mengapa anda sentiasa kurus dan sukar untuk menaikkan berat badan. Perokok, khususnya kepada perokok tegar, dipercayai akan hilang selera makan. Jelas rokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan anda, namun ia juga mengganggu program diet anda.

5) Banyakkan Minum Air Putih

Minum air putih sebelum makan amat digalakan bagi mereka yang sedang berdiet, namu  tidak disarankan bagi yang ingin menambahkan berat badannya. Minum air terlebih dahulu sebelum makan boleh menyebabkan perut terasa kenyang sehingga jumlah makanan yang akan diambil menjadi berkurangan kerana telah diisi oleh minuman.

Apakah kebaikan minum air putih yang boleh mendorong kepada kenaikan berat badan? Jika kerap meminum air putih ia akan membantu melancarkan sistem percernaan anda. Apabila sistem pencernaan anda memproses dengan baik, maka mudah untuk badan anda menyerap segala zat dan vitamin di dalam badan anda dan sekaligus memudahkan untuk menaikkan berat badan.

Jelas terdapat pelbagai cara untuk menaikkkan berat badan anda. Jika anda adalah seorang yang kurus kering dan ingin menambahkan berat badan, pastikan anda mempunyai keyakinan dan motivasi diri yang utuh supaya matlamat yang ingin digapai akan tercapai. Lakukan lagkah-langkah tersebut dengan konsisten dan penuh disiplin. Semoga berjaya!

Kredit foto kepada fatless

 << Jom ketahui salah satu makanan pembakar lemak di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Ayam Masak Rendang

Next post

Serlahkan Gaya Dengan Kasut Lutsinar Crocs

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *