SenamanSihat

Jadi Kurus Sebab Berjalan Kaki?

Ubat Kurus - women online magazine

Nampaknya berjalan kaki juga boleh menajdi ubat kurus terbaik buat anda yang gemuk.

Jalan kaki merupakan senaman kardiovaskular, kini menjadi ubat kurus terbaik yang boleh anda cuba. Ia menyihatkan jantung serta membakar banyak kalori. Selain itu, berjalan kaki juga boleh mencegah osteoporosis, membantu meningkatkan kesihatan tulang serta meredakan stress.

Apa yang perlu anda lakukan dengan ubat kurus yang cukup istimewa ini, antaranya…

1. Mulakan Dari Jarak Yang Dekat

Berjalan kaki secara rutin  memang boleh menurunkan berat badan dan hasilnya anda boleh lihat tiga bulan kemudian.

Setiapkali anda ingin menguyah kudapan seperti coklat ataupun makanan ringan, segeralah berdiri dan berjalan kaki. Keinginan tersebut akan berkurangan setelah anda berjalan kaki selama 15 minit. Tetapi, pastikan anda tidak berjalan kaki menuju ke kedai makan ok!

Regangkan otot anda sebelum dan selepas berjalan kaki. Otot seperti otot betis, paha depan dan paha belakang harus lentur sambil berjalan. Peregangan ini membantu mempermudahkan tubuh ketika bergerak dan mencegah kecederaan setelah anda melakukan aktiviti. Senaman peregangan  sederhana elok dilakukan selama 10 hingga 15 minit.

2. Senaman Kekuatan Otot

Perkuatkan otot betis anda dengan melakukan senaman beban. Ia dapat mencegah kecederaan ketika anda berjalan. Lakukan senaman seperti meletakkan beban pada tumit dan gerakan menekuk lutut. Otot yang kuat juga dapat mencegah penurunan fungsi sendi.

3. Kepantasan Berjalan

Kecepatan atau kepantasan ketika berjalan diperlukan untuk mengurangkan berat badan. Ramai yang tidak berhasil menggunakan ubat kurus mujarab ini kerana mereka salah menerapkan teknik berjalannya. Jika anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu berjalan dengan cepat dengan cara yang tepat, bukan sekadar berjalan kaki ‘ala manja'!

Jika anda berasa penat, jangan dipaksa. Kurangkan kelajuan atau kepantasan anda itu sambil berjalan santai. Anda boleh mengubah kecepatan langkah kaki anda setiap satu hingga tiga minit. Kemudian kembalilah pada kecepatan biasa selama satu minit. Ulangi kekerapan yang anda boleh serta mahukan. Variasikan dan tenaga yang dikeluarkan pada tahap ini akan meningkatkan jumlah kalori yang terbakar sepanjang tempoh anda berjalan.

4. Beri Tumpuan Pada Gaya Berjalan

Gaya berjalan penting dilakukan agar ubat kurus ini menjadi lebih efisien serta anda bebas daripada sebarang kecederaan ketika melangkah. Berjalan dengan betul adalah ketika tumit menyentuh tanah, diikuti dengan langkah kaki sebelah lagi sebelum kaki yang sebelumnya meninggalkan tanah. Tubuh harus tegak tanpa membongkok dan lengan harus berayun seiring dengan langkah anda.

5. Pilih Kasut Yang Sesuai

Kasut atau sepatu adalah faktor penting yang harus anda perhatikan untuk menghindari kecederaan ketika berjalan. Kasut yang baik adalah kasut yang mampu memberikan keselesaan saat digunakan ketika bersenam serta tidak menyebabkan kecederaan dan sebagainya. Pilihlah jenis kasut yang memang sesuai digunakan untuk aktiviti berjalan kaki.

 

Tips Ekstra!

Jika anda tidak mampu melaksanakan ubat kurus ini iaitu berjalan lebih cepat, anda disarankan melakukan tiga perkara di bawah  untuk meningkatkan jumlah lemak yang terbakar:

  • Frekuensi: Jika anda rasa masih larat, kuat atau mampu, tambahkan senaman lain setelah berjalan kaki dengan melakukan ‘push up', ‘sit up' dan lain-lain.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<< Ketahui cara bakar kalori tanpa anda perlu bersusah payah di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wow, Guna Ais Batu Pun Kulit Boleh Jadi Cantik!

Next post

Guna Fikiran Pun Boleh Kurus!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *