SenamanSihat

Cuba Kurangkan Berat Badan Anda Dengan Senaman Pilates

Tips Kurangkan Berat Badan - Women Online Magazine

Foto: solve-the-thyroid-puzzle

Tips Kurangkan Berat Badan. Senaman kardio sangat baik untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan. Sugguhpun begitu, bukan bermakna ia hanya menjadi satu-satunya cara untuk anda menurunkan berat badan.

Senaman lain seperti pilates, yang dianggap kurang berkesan ini, selain memiliki banyak manfaat kesihatan ia juga dapat membantu membuang lebihan lemak pada tubuh.

Apa itu Pilates?

Pilates sebenarnya lebih daripada senaman fizikal yang sangat bagus untuk meningkatkan kekuatan fikiran serta mental.Pilates awalnya merupakan satu senaman yang diciptakan oleh Joseph Pilates pada awal abad kedua puluh dan dianggap sesuai untuk para penari kerana dapat meningkatkan fleksibiliti tubuh.

Pilates dilakukan perlahan-lahan secara terkawal, menggunakan gerakan-gerakan peregangan untuk membangun kekuatan tubuh secara keseluruhan. Pilates juga menggabungkan latihan pernafasan yang cukup bagus untuk menenangkan fikiran.Fokus utama pilates adalah melatih otot sendi (otot yang terdapat di pinggang, lutut dan perut).

Otot sendi  yang kuat akan membuat postur tubuh menjadi lebih baik, menghindarkan rasa lenguh pada bahagian belakang, serta meningkatkan fleksibiliti.

 

Baca Juga: Sakit Sendi

 

Betul Ke Pilates Boleh Menurunkan Berat Badan?

Jawapannya “ Ya”. Pilates dapat membantu menurunkan berat badan, tetapi tidaklah sepantas senaman kardiovaskular misalnya. Pilates akan membangun massa otot tanpa lemak (menaikkan metabolisme), dan memberikan penampilan yang lebih ramping, tetapi tidak akan membakar jumlah kalori yang sama dengan sesi kardio seperti berjogging.

Namun, ada cara yang boleh anda lakukan untuk membakar kalori lebih banyak dengan pilates.

 

Berikut adalah beberapa saranan untuk membantu menurunkan berat badan dengan senaman pilates:

1. Tambahkan Senaman Intensif

Ini bukan pilihan ideal bagi anda yang baru pertama kali membuat senaman pilates, tetapi sekali anda telah memahami dasar-dasar pilates, mengapa tidak menambahkan senaman intensif.Ketika latihan atau senaman ditambah, pernafasan juga perlu diberikan perhatian agar dapat disesuaikan dengan pertambahan senaman tersebut.

 

Baca Juga: Punca Sesak Nafas

 

2. Ubah Variasi Senaman

Agar pilates dapat membakar kalori lebih efisien, ubah variasi senaman sehingga dapat melatih jenis otot yang berbeza.Anda dapat menggunakan peralatan seperti bola senaman atau mencuba DVD Pilates yang bertujuan khusus untuk penurunan berat badan.

 

3. Tambahkan Frekuensi Senaman

Melakukan pilates lebih kerap tentunya akan lebih membantu program penurunan berat badan. Pastikan komitmen anda dan lakukan senaman ini dengan sepenuh hati.

 

4. Kombinasikan Dengan Senaman Lain

Mengkombinasikan pilates dengan beberapa jenis senaman kardio akan menjadi cara mudah untuk segera mendapatkan hasil. Melakukan senaman kombinasi akan mempercepatkan lagi penurunan berat badan anda.Ketika melakukan pilates, seiringkan dengan pengambilan diet seimbang, serta senaman kardiovaskular untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mahu menurunkan berat badannya.

<< Ketahui cara mengecilkan peha dengan mudah di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Fesyen Terbaru Kemeja Jeans Wanita

Next post

5 Cara Terbaik Simpan Duit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *