12 Cara Bakar Kalori Dengan Mudah
Kredit Foto:modiinwomensfund
Cara Bakar Kalori. Berat badan anda masih tidak turun walaupun sudah berdiet dan bersenam?
Jangan susah hati, ternyata masih ada banyak cara sederhana yang dapat membantu anda bakar kalori pada tubuh tanpa bersusah payah ataupun memaksa diri anda untuk bersenam.
Dengan memaksimalkan aktiviti harian anda pada setiap hari, berat badan anda pasti boleh turun!
Terdapat beberapa aktiviti yang disarankan oleh James A Levine, MD, PhD, professor di Mayo Clinic, Rochester, Minnesota yang boleh anda praktik bagi mencapai berat badan ideal.
1. Berdirilah ketika anda mahu mengeringkan rambut ataupun bersolek. Lakukan sedikit gerakan yang menghiburkan dengan memasang muzik dan apa lagi… ‘bergoyanglah’!
2. Sambil menonton TV, anda juga boleh lakukan gerakan berjalan setempat.
Baca Juga: Tips Kurangkan Berat Badan
3. Dengan adanya remote control di sisi anda mungkin malas bergerak. Jauhkan remote control daripada jangkauan anda. Apabila mahu menghidupkan dan mematikan TV atau menukar siaran, cuba bangun dan berjalanlah ke TV dan tukar salurannya secara manual.
4. Tempatkan barang-barang yang sering anda gunakan itu di bahagian almari paling tinggi, ataupun laci paling bawah agar anda menjadi lebih gigih untuk mendapatkannya.
5. Menerima panggilan telefon ataupun membuat panggilan untuk tersayang memang menyeronokkan. Apatah lagi, sambil golek-golek di atas katil atau duduk di sofa empuk. Untuk kali ini, apa kata jika anda lakukannya sambil menelusuri bilik-bilik yang ada ataupun di perkarangan rumah. Kalori yang terbakar juga tidak kurang hebatnya sebanyak anda bersenam!
Baca Juga: Cara Kecilkan Paha
6. Cuci segala pinggan mangkuk dan gelas yang kotor sendiri. Usahakan tidak menyuruh orang lain atau membiarkan ia begitu sahaja tanpa dicuci di dalam sinki.
7. Luangkan waktu pada setiap minggu untuk mengemas almari pakaian anda.
8. Beli tanaman untuk diletakkan di ruang tamu, bilik ataupun ruang meja pejabat anda. Kewajipan untuk menyiram dan memindahkan serta membersihkan pasu-pasu comel anda akan membuatkan anda menjadi lebih aktif.
Baca Juga: Cara Mudah Tanam Orkid
9. Pasang alarm di komputer anda setiap satu jam. Biarkan ia menjadi peringatan supaya anda berhenti seketika dan berdiri selama satu hingga lima minit.
10. Lakukan perawatan rambut, wajah dan sebagainya di rumah daripada duduk berjam-jam di salon.
11. Rancang aktiviti sihat bersama keluarga ataupun tersayang seperti bermain boling dan futsal berbanding ‘makan-makan’ ataupun menonton wayang.
12. Lakukan aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu ber ‘shopping’. Biarpun pakaian yang anda ingin beli itu hanya satu, namun janganlah terlalu banyak mencubanya sebelum membeli. Bertukar ganti sepuluh pasang skinny jeans yang di fitting room yang berlainan boleh meningkatkan denyutan jantung anda. Bahaya nanti!
Info Ekstra!
Minum Kopi – Minum kopi panas ataupun sejuk adalah antara cara bakar kalori paling mudah. Kafein yang terdapat dalam minuman tersebut dapat meningkatkan kadar metabolism dengan merangsang sistem saraf.
Minum Air Sejuk – Pengambilan segelas air sejuk dikatakan dapat membakar lebih daripada 9,25 kalori. Minuman ini dapat membantu menurunkan berat badan pada wanita yang sedang berdiet. Semakin banyak pengambilan air, semakin rendah jumlah lemak yang disimpan dalam tubuh.
Sarapan – Sarapan merupakan cara bakar kalori paling sederhana. Apabila anda memulakan pagi hari anda dengan bersarapan, maka otak tidak akan mengirimkan signal lapar sehingga ke tenghari. Sarapan dengan oatmeal ataupun putih teluar bersama buah-buahan segar sangat disarankan bagi anda yang sedang berdiet.
Mengunyah Gula-Gula Getah – Bukan setakat menyegarkan bau nafas di pagi hari, mengunyah gula-gula getah ini juga dapat membakar 11 kalori.
Ketawa – Selain membuatkan hati anda menjadi lebih tenang serta gembira, ketawa selama 10 hingga 15 minit pada setiap hari juga boleh membakar hingga 50 kalori.
Perasaan Marah – Ketika anda sedang marah, tubuh akan mengeluarkan energy. Jadi, boleh sahaja kalau sesekali tu anda melepaskan emosi dan amarah. Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda jadi lebih beremosi dan lepaskanlah. Ia akan membakar sejumlah kalori dalam tubuh anda, tetapi ingat jangan terlalu kerap mengeluarkannya dan terlalu berlebihan kerana ia juga tidak baik untuk kesihatan.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya.
<< Jom ketahui cara diet yang betul di sini..
No Comment