SenamanSihat

9 Kebaikan Jika Rajin Buat Senaman Pagi

Senaman Pagi Mampu Pecahkan Lemak - ASL Training

Foto: Sekadar Hiasan

Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan terasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi!

Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani.Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi.Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis,misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya.

Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih lentur dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit.Bagi anda yang super sibuk pada setiap hari dan tidak punya banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.

Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan.

  1. Jenis senaman pagi seperti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan anda. Malahan senaman pagi jenis ini juga boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah osteoporosis atau pereputan tulang.
  2. Anda boleh meluangkan masa lebih kurang sekitar 30 minit untuk melakukan senaman pagi seperti berlari sebelum pergi kerja. Sangat mudah dan menyihatkan. Selain itu, senaman pagi jenis berlari ini boleh membakar kalori dan menguatkan otot kaki serta menjaga kesihatan sendi sehingga anda akan terhindar dari penyakit urat lenguh-lenguh.
  3. Senaman pagi seterusnya adalah dengan melakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari. Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi dan malam hari sebelum tidur. Tubuh anda akan segar dan membentuk otot-otot pada tubuh anda. Ia sangat bermanfaat bagi wanita untuk menegangkan payudara dan mengecilkan perut.
  4. Senaman pagi jenis ini sangat mudah dan cukup menyenangkan. Senaman jenis ini sangatlah mudah dan menyenangkan jika diiringi dengan muzik. Senam aerobik bukan sahaja boleh menjaga kesihatan jantung dan stamina tubuh. Malahan boleh membantu anda dalam melangsingkan tubuh dan membuat awet muda.

Info Ekstra

Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi

  • Meningkatkan Kecergasan Otak.
  • Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh.
  • Meredakan Sakit Kepala.
  • Mencegah Penyakit Alzheimer.
  • Terhindar Daripada Stress.
  • Meningkatkan Daya Kosentrasi.
  • Membantu Membentuk Tubuh Ideal.
  • Menyihatkan Jantung.
  • Memperlambatkan Proses Penuaan Semulajadi.

<< Ketahui lima gerakan senaman untuk mengatasi masalah perut buncit di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

1001 Keistimewaan Rumah PKNS

Next post

5 Tips Merawat Kemurungan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *