Petua PemakananSihat

10 Khasiat Buah Mangga

Khasiat Buah Mangga - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Kredit Foto: ko-te

Khasiat Buah Mangga. Anda suka menikmati buah mangga? Tahu khasiat buah mangga? Jika masih ragu-ragu tentang khasiatnya, baca artikel ini sampai habis.

Buah-buahan dan sayuran sangatlah penting untuk kesihatan terutamanya ketika anda hamil.Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara.

Kali ini WOM.my akan mengupas khasiat buah mangga untuk anda.

 

Baca Juga: Khasiat Buah Delima

 

Khasiat yang terkandung di dalam buah mangga adalah:

1. Mencegah kanser

Khasiat buah mangga yang pertama adalah buah ini mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas punca terjadinya beberapa jenis kanser. Antaranya kanser usus, prostat, leukimia, dan payudara.

 

2. Menurunkan kadar kolestrol

Buah mangga sememangnya terkenal dengan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu membebaskan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat,maka secara tidak langsung, ia mampu mencegah dari penyakit obesiti.

 

3. Menyihatkan Mata

Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

 

4. Membantu pencernaan dalam tubuh

Khasiat mangga yang lain adalah menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan dan berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan.

 

Baca Juga: Khasiat Buah Pala

 

5. Mencegah strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk membantu aturan tekanan jantung dan juga membantu untuk otot berfungsi dengan baik sekaligus tekanan darah anda akan menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung.

 

6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori

Vitamin B-6 yang terdapat di dalam buah mangga sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan ‘neurotransmitter ‘utama yang mempunyai peranan dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam ‘glutamin’ di mangga mampu meningkatkan tumpuan dan daya memori.

 

7. Menghaluskan kulit

Anda pasti menyukai khasiat ini kerana ternyata juga buah mangga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu mempercepatkan proses regenerasi dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan sekaligus menjadikan kulit akan lebih halus dan sihat.

 

8. Melegakan panas dalam

Ramai yang tidak tahu khasiat buah mangga sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor  dan kebiasaanya disebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan factor-faktor lain. Antaranya  kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas.

Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

 

9. Mengubati anemia

Kekurangan zat besi dalam tubuh seseorang akan menyebabkan tekanan darah rendah. Bagi anda yang menghadapi penyakit anemia,buah mangga merupakan penyelesaian kerana buah ini mengandungi zat besi yang sangat baik bagi penghidap anemia. Mangga juga sangat baik untuk ibu mengandung kerana zat besi sangat diperlukan oleh si bayi.

 

10. Menghilangkan rasa mual ketika hamil

Sekiranya anda berasa mual ketika hamil,buah mangga yang kuning ranum lemak masam manis dapat menghilangkan rasa loya dan mual di tekak si ibu hamil. Apatah lagi buah mangga mengandungi banyak vitamin A, karoten, folate, zat besi dan vitamin C yang baik untuk perkembangan janin.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE ya

<< Ketahui rahsia redakan kesakitan ulser mulut atau ‘mata ikan' di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Sayur Lodeh Pekat Dan Pedas

Next post

7 Kebaikan Telur Separuh Masak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *