Petua PemakananSihat

Makanan Kaya Zat Besi Cegah Anemia

Makanan Zat Besi - women online magazine

Zat besi, mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Fungsi makanan zat besi adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.

Zat besi akan membantu memproses protein seperti hemoglobin dan myoglobin. Hemoglobin merupakan protein yang baik untuk sel darah merah dalam membawa oksigen dari jantung ke jaring, sementara myoglobin membantu kemasukkan oksigen ke otot.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan badan menjadi lemah, lesu, pening sehingga anemia. Wanita memerlukan zat besi lebih banyak daripada lelaki. Lingkungan usia 19 hingga 50 tahun, keperluan zat besi yang disarankan dalam sehari iaitu sebanyak 18gm. Tetapi ketika mencapai usia 50 tahun, keperluannya berubah menjadi 8mg per hari.

Kekurangan zat besi itu boleh anda atasi dengan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Keperluan makanan zat besi boleh anda peroleh daripada pelbagai jenis makanan.

Antaranya:

  • Tauhu

Tauhu kaya protein dan zat besi. Namun pastikan anda memakan tauhu yang tanpa ada bahan olahan kimia di dalamnya.

Kangkung mengandungi banyak zat besi, kalsium dan juga kalium. Selain itu, ia juga merupakan sumber yang sangat baik untuk vitamin A, vitamin B dan C.

  • Spirulina

Spirulina termasuk dalam makanan yang cukup banyak mengandungi  vitamin B12, vitamin A dan E serta zat besi kalsium dan magnesium. Satu sudu teh spirulina mengandungi 2mg zat besi.

  • Dark Chocolate & Cocoa Powder

Bagi penggemar coklat, dark coklat dikatakan kaya dengan zat besi daripada daging lembu. Pengambilan coklat dengan vitamin C seperti oren akan melengkapi keperluan zat besi buat tubuh.

  • Buah-buahan Kering

Buah-buahan kering juga kaya dengan zat besi. Contoh, buah peach kering, ia mengandungi 6,5mg zat besi. Begitu juga dengan buah plum kering,aprikot dan kismis. Namun, pastikan anda memilih buah-buahan kering tanpa gula tambahan.  Buah peach kering dan aprikot boleh anda nikmati dengan dark chocolate.

  • Sayur Bayam

Bayam bukan setakat mengandungi vitamin A, tetapi merupakan sayuran yang kaya dengan zat besi. Jadi, jangan ragu untuk menikmatinya walaupun pada setiap minggu.

  • Roti Gandum

Gandum mengandungi zat besi yang banyak, selain bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan kanser.

Kredit foto: greenlifeinsocal

<< Ingin tahu cara menurunkan darah tinggi tanpa makan ubat? Baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Demam Cabaran Ice Bucket

Next post

Mesti Baca: 11 Tanda Awal Kehamilan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *