Petua PemakananSihat

Begitu Banyak Manfaat Daun Kesum & Pelajari Teknik Mudah Menanamnya

Daun Kesum - Women Online Magazine

Foto: hfarm3

Daun kesum berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, parit dan juga kawasan di keliling rumah kampung.

Daun kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Daunnya tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan.

Terdapat dua jenis kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak. Bahagian daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki nilai perubatan.

Khasiat Daun Kesum

  • Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung atau ketidakhadaman perut.
  • Membantu menghilangkan kelemumur di kepala.
  • Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
  • Sebagai minuman wanita selepas bersalin.
  • Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.
  • Minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
  • Mengatasi masalah keputihan wanita.

Cara Menanam Daun Kesum

Daun kesum mudah sahaja ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang atau keratan hujung batang berdaun. Ciri pertumbuhan pokoknya yang separuh menjalar itu menyebabkan batangnya akan mudah berakar apabila mempunyai kelembapan.

  • Kerat beberapa batang pokoknya yang matang atau hujung batang berdaun.
  • Buangkan daunnya di bahagian bawah sekali.
  • Tanam keratan tadi dalam medium tanaman seperti tersebut di atas sama ada dalam pasu atau di tanah dan pastikan ia dilindungi dari terik matahari. Kekalkan kelembapan medium tanamannya supaya pokok akan cepat tumbuh mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bergantung kepada kelembapan medium tanaman.
  • Siram 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa.
  • Elakkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhannya. Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur.

<< Ketahui cara menanam tomato di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Cara Meningkatkan Nafsu Makan Supaya Anda Lebih Berisi

Next post

Cara Mengesan Gigi Anak Anda Yang Sudah Mula Rosak Serta Tips Mencegahnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *