CantikDietSihat

Tips Paling Cepat Menurunkan Kadar Kolesterol

tips menurunkan kadar kolesterol - women online magazineKredit Foto: onsugar

Tips Menurunkan Kadar Kolesterol,Makanan yang diambil merupakan menyumbang terbesar terhadap kesihatan tubuh.

Pengambilan makanan sihat dan rutin bersenam merupakan salah satu cara untuk menjaganya. Lagipun, masalah kesihatan paling nyata datangnya daripada makanan yang tidak sihat. Pengumpulan kolesterol jahat, di mana ia akan menganggu kelancaran perjalanan darah.

Apabila tidak dijaga denga  baik, kolesterol ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti hipertensi, serangan jantung dan sebagainya. Jika kadar kolesterol jahat dalam tubuh anda sudah mencapai tahap bahaya, untuk mengatasinya mungkin agak sukar. Jadi, sebelum terlambat, cuba terapkan pola pemakanan yang sihat untuk menurunkan kadar kolesterol jahat .

 

Baca Juga: Nilai Kalori Makanan

 

Menjaga kadar kolesterol agar tetap normal harus anda utamakan, lebih-lebih lagi selepas menyambut Hari Raya.

  • Hari Pertama

Anda disarankan untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan nutrisi penting. Sayur-sayuran dan buahan-buahan yang kaya dengan serat  mempunyai efek untuk menyerap kolesterol jahat. Selain itu, ikan berlemak seperti salmon, makerel, sardin dan tuna mengandungi asid lemak Omega-3 yang terbukti dapat menurunkan tekanan darah.

  • Hari Kedua

Cuba kurangi pengambilan makanan yang men gandungi lemak yang tidak sihat, lemak tepu, lemak trans dan sebagainya bagi meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Menghadkan pengambilanan makanan segera mahupan junk food merupakan salah satu caranya. Di samping itu, pilihlan makanan sihat seperti minyak zaitun untuk mengantikan mentega dan pilihlah produk susu yang rendah lemak.

 

Baca Juga: Khasiat Minyak Zaitun

 

Hari Ketiga

Masaklah makanan dengan menggunakan minyak zaitun. Minyak ini mengandungi punya banyak khasiat serta lebih tahan terhadap pembentukan lemak trans dan dapat membantu mengruangi kadar kolesterol jahat dalam darah.  Anda hanya perlu menambah dua sudu makan minyak zaitun ke dalam makanan anda pada setiap hari. Minyak zaitun juga merupakan salah satu daripada ‘diet mediterranean' yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.

 

  • Hari Ke-empat

Pengambilan bawang putih yang banyak juga dikatakan mampu menurunkan kolesterol jahat dalam darah. Bawang putih juga dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung.

 

  • Hari Ke-lima

Pengambilan sayur-sayuran daripada keluarga kacang, seperti kacang buncis dan kacang bendi turut membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain rendah lemak, sayuran tersebut kaya nutrisi penting seperti zat besi dan vitamin B.

 

  • Hari Ke-enam

Sarapan terbaik adalah dengan oatmeal. Ia adalah makanan kaya serat yang baik bagi kesihatan jantung. Oat mengandungi zat penting seperti zat besi,vitamin E dan vitamin B. Oat juga merupakan serat larut yang dapat menurunkan kadar kolesterol dan memperkecilkan risiko penyakit jantung.

 

  • Hari Ke-tujuh

Pengambilan kekacang yang mengandungi lemak rendah lemak seperti hazelnut, walnut dan almond dikatakan dapat mengurungi kadar kolesterol jahat. Selain itu, minumlah tiga cawan teh hijau atau teh hitam setiap hari. Teh mempunyai sumber antioksidan iaitu ‘polifenol' yang dapat membantu mencegah kanser tertentu serta meningkatkan kadar kolesterol yang ‘baik'.

 

Take Note!

Merokok boleh menurunkan kadar kolesterol ‘baik' dan merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Jika anda seorang perokok, sebaiknya segera berhenti merokok.  Jika anda berhenti merokok, maka kadar kolesterol baik anda akan meningkat sehingga 10 peratus. Selain itu, tekanan darah dan risiko untuk mengalami serangan jantung juga akan menurun.

 

Info Ekstra!

Antara Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kadar Kolesterol:

  • Pizza – Sepotong pizza mempunyai kandungan lemak sebanyak 10gram serta 4,4 gram lemak tinggi. Ini belum termasuk topping nya yang berkemungkinan besar turut mengandungi lemak.
  • Kentang Putar – Mashed potato atau kentang putar dikatakan mengandungi lemak yang cukup tinggi. Pengolahan kentang putar yang melibatkan penggunaan bahan-bahan seperti keju, mentega, susu dan krim membuatkan makanan berkarbohidrat ini dianggap sebagai makanan yang tinggi lemaknya.
  • Popcorn – Mengandungi 1200 kalori dan 60 gram lemak tepu. Porpcorn diolah dengan melibatkan minyak sehingga mempengaruhi kadar kolesterol.
  • Kuih-Muih – Makanan-makanan ringan seperti kuih-muih menyumbang  pengambilan kalori yang cukup tinggi bagi tubuh, yang mana pada akhirnya akan meningkatkan kadar kolesterol anda. Bahan-bahan yang sering digunakan dalam penyediaan kuih muih seperti susu, mentega, keju dan krim mengandungi lemak yang cukup tinggi.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ingin menurunkan berat badan dengan cara diet protein? Baca di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Sotong Telur Masin Lazat

Next post

5 Cara Mudah Hapuskan Jerawat Pasir Di Wajah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. May 16, 2019 at 4:16 pm — Reply

    Sangat bermanfaat info ni & senang untuk dipraktik

    • May 23, 2019 at 8:07 am — Reply

      Terima kasih puan 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *