FamiliKewanitaanSuami Isteri

3 Tips Elak Sembelit Ketika Hamil

sembelit ketika hamil - women online magazine

Kredit Foto: dailyrecord

Sembelit Ketika Hamil. Sembelit atau susah buang air besar sering dialami oleh wanita hamil.

Sembelit adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan ia menyerang wanita hamil disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.

Sembelit merupakan masalah biasa untuk wanita hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini kerana perubahan hormon semasa hamil akan memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Kali ni WOM.my mahu berkongsi dengan anda tentang sembelit dan beberapa tips yang berguna kepada para ibu untuk mengelak berlakunya sembelit.

Faktor Terjadinya Sembelit Ketika Hamil

Perubahan Hormon

Ketika hamil, perubahan hormon progsterone  akan mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan, sekaligus menyebabkan penghadaman tidak dapat berjalan dengan lancer dan boleh mengakibatkan najis menjadi keras.

Pemakanan

Sewaktu hamil, makanan yang pedas dan makanan segera perlu dihindari kerana semua makanan ini akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. Najis yang keras tersebut merupakan punca sembelit bagi ibu mengandung.

Supplement

Terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung yang boleh menyebabkan sembelit. Contohny supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate. Fungsi ferrous fumarate ini adalah bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah. Namun, disebalik kebaikan yang diberikan oleh ferrous fumarate ini,terdapat juga kesan sampingan yang lain iaitu sembelit.

 

Tips Elak Sembelit Ketika Hamil

1. Amalkan pemakanan yang sihat

Makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, buah-buahan serta sayur-sayuran dapat mengelakkan daripada berlakunya sembelit. Oleh itu,makanlah kumpulan makanan ini setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, cuba masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.

 

2. Minum air secukupnya

Selain itu,amalkan minum air  masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Anda juga boleh membuat jus buah-buahan seperti jus prun untuk kepelbagaian.

 

Baca Juga: Kebaikan Air Suam

 

3. Bersenam

Amalkan pergerakan dan bersenam setiap hari seperti berbasikal atau berjalan kaki kerana ia didapati dapat mempercepatkan proses pencernaan dalam usus. Malah yoga juga dapat membantu. Tetapi anda dinasihatkan untuk menjaga pergerakan dengan baik dan tidak terlalu laju ketika berjalan.

 

Kesimpulan

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika berlarutan ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<< Jangan ambil mudah dengan penyakit buasir. Ketahui bahayanya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Gaya Solekan Tepat Buat Anda Yang Berkulit Gelap

Next post

Lendir Kacang Bendi Pun Banyak Manfaatnya!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *