FamiliPerkahwinan

Suami Perlu Tahu Ragam Isteri Mengandung

orang mengandung - women online magazineRagam isteri mengandung adalah perkara normal yang ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri.

Pelbagai ragam ataupun alahan orang mengandung yang akan anda rasai tak kiralah mengandung anak pertama, kedua ataupun ke sepuluh dan ragam tersebut ada coraknya yang tersendiri yang mana sedikit sebanyak akan menjadi kenangan manis dan pahit dalam menjalani hidup berumahtangga. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza ketika mengandung. Karenah orang mengandung nie juga kadangkala boleh memeningkan kepala.

Antara perangai pelik orang mengandung ialah:

  • Mengidam

Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi “mangsa” dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.

Tak boleh langsung  bau atau berada dekat dengan suami. Tiba-tiba rasa bau badan si suami busuk sangat. Kesihan si suami sehinggakan ada yang merajuk.

  • Bau masakan

Tak boleh memasak. Kebanyakan orang mengandung alah pada bau seperti bau tumisan bawang.

  • Air suam

Tak boleh minum air suam. Air suam adalah sangat baik untuk kesihatan orang mengadung. Akan tetapi mungkin pada awal kehamilan, rasa mual yang menyebabkan orang mengandung tak nak minum air suam.

  • Memilih makanan

Ini adalah perkara biasa kerana orang mengandung  mengalami perubahan hormon pada awal waktu mengandung dan menjadikan seleranya akan menurun. Jadi pada ketika ini, orang mengandung akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya.

  • Pemalas

Orang mengandung bersikap malas mungkin kerana keadaannya yang cepat berasa letih. Tetapi ada juga sesetengah orang mengandung berasa sangat rajin.

  • Mengubah tempat tidur

Orang mengandung berasa amat tidak selesa ketika tidur. Hal ini adalah kerana mereka mempunyai batas untuk bergerak. Mungkin ada yang meminta untuk tidur di tempat suami.

Orang mengandung memang dinasihatkan untuk tidak menggunakan kosmetik kerana dikhuatiri kosmetik tersebut mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada bayi.

 

Turun naik mood orang mengandung sebenarnya sama sahaja ketika datang haid atau premenstruation syndrom (PMS). Pada trimester pertama, orang mengandung sedang menyesuai diri dengan perubahan hormon dan badan. Pada trimester ketiga mood orang mengandung mudah berubah disebabkan oleh tubuhnya yang semakin letih membawa kandungan yang besar, nafas yang semakin pendek, rasa cepat berpeluh, sakit belakang, kaki dan wajah bengkak, juga bimbang terhadap proses persalinan.

Cara Mengatasi Perangai Orang Mengandung

  • Terima & Cuba Sesuaikan Diri

Belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan mood orang mengandung yang seperti roller coaster itu. Misalnya, kalau dia sedang marah-marah, senyum sahaja. Kalau dia tiba-tiba menangis, peluk dan sediakan tisu.

  • Berikan Sokongan

Misalnya, ketika wajahnya murung ketika menatap wajahnya di cermin katakan, “Tetap cantik. Selepas melahirkan, kulit wajah kamu pasti kembali cantik semula! ” Apabila orang mengandung mendapat sokongan dari orang di sekelilingnya,dia akan merasa bahagia, tenang dan membina persepsi positif tentang kehamilannya.

  • Tempat Mencurahkan Rahsia Hati

Jadikan anda tempat curahan hatinya. Emosi negatif yang dikatakan akan terasa sedikit ringan. Apabila isteri enggan mendedahkan perasaannya, luangkan masa untuk “memancingnya”. Misalnya, “Kalau dipendam nanti stress dan bayi kita tentu sedih.

  • Peka Pada Perasaannya

Jangan bergurau. Misalnya, mengatakan dia gemuk. Si isteri akan cepat sensitif.

 

Pantang Larang Orang Tua-Tua

Memang dalam apa jua perkara kita tidak dapat lari dari petua mahupun pantang larang orang tua-tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun, jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yang tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yang telah dikumpulkan oleh WOM.my untuk renungan kita bersama. Jangan terlalu percaya, kerana ia boleh mendatangkan syirik. Ingatlah, bahawa Tuhan yang menentukan segala-galanya. Hanya dengan izinNya sahaja ia boleh terjadi.

a) Jangan minum air kelapa dan air nanas pada trimester pertama

* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya

* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah

* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam

* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.

e) Jangan banyak minum ais

* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein

* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (untuk keringkan rambut)

* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan makan buah oren

* dikhuatiri bayi dilahirkan banyak kahak.

i) Elakkan membuat kerja menjahit

* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yang pelik, cepat-cepat beristighfar

* dikhuatiri bayi akan terkena ‘kenan'.

k) Kurangkan makan pisang

* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang

* dikhuatiri sukar untuk bersalin

m) Jangan makan betik muda

* getah yang ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Kredit foto: blogcdn

<< Anda dan suami sering bergaduh? Ketahui puncanya di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penyebab Mata Kerap Berair. Kalah Orang Menangis!

Next post

Apa Nak Buat Bila Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Lupakan @ Teruskan Menagih Kasih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *