8 Tips Hangatkan Kembali Hubungan Suami Isteri
Kredit foto: electorofekr
Hubungan Suami Isteri.Ingin hubungan suami isteri terus seperti pengantin baru?
Untuk pengetahuan anda yang telah berkahwin, dalam hubungan suami isteri jangan pernah berkata,”Tak ada ‘mood’lah, sayang”. Itulah kesalahan yang paling besar yang sering dilakukan oleh para isteri tanpa disedari!
Sebagai isteri, anda tidak wajar menolak permintaan suami, dan seperti anda sudah sedia maklum, ia berdosa! Sekiranya anda kerap tidak ada mood untuk melunaskan keinginan sang suami, sebaiknya anda mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Lagipun salah satu yang membuatkan hubungan suami isteri menjadi lebih harmoni ditentukan di ranjang. Jadi, cubalah ‘panaskan’ kembali hubungan suami isteri dengan sebaik mungkin.
Anda mungkin boleh mencuba beberapa tips yang telah WOM.my peroleh daripada beberapa sumber ini. Antaranya…
1.Mandi
Selalu mandi sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan. Ini akan membuatkan badan anda terasa segar dan secara tidak langsung akan membuatkan ada lebih berkeyakinan dan penuh energi.
Baca Juga: Manfaat Mandi Air Panas
2.Pakailah Minyak Bayi Atau Lotion
Kulit yang nampak sihat dan bercahaya pasti akan membuatkan anda kelihatan lebih seksi. Jadi, selepas mandi cubalah anda sapukan minyak bayi, minyak zaitun atau lotion pada kulit anda. Kulit anda yang lembut dan berbau wangi pasti akan disukai oleh pasangan.
3. Jangan Ragu Untuk Memakai Pakaian Dalam Yang Seksi
Jangan abaikan pemilihan pakaian dalam atau lingerie. Pilih lingerie yang seksi, misalnya yang dihiasi renda-renda. Tidak ada salahnya jika anda bertanya kepada si dia tentang potongan lingerie yang dianggap seksi olehnya. Sesekali apalah salahnya anda memuaskan fantasi sang suami.
Baca Juga: Baju Tidur Mengancam Jiwa Suami
4. Suramkan Suasana Bilik
Pastikan suasana atau pencahayaan di bilik tidur anda lebih suram daripada kebiasaannya. Ia akan membuatkan suasana di kamar beradu menjadi lebih romantik serta dapat meningkatkan ghairah sensual anda dan suami.
5. Jadilah Diri Anda Sendiri
Anda mungkin sering melihat filem-filem yang menampilkan adegan seks, di mana para wanitanya kelihatan cantik dengan solekan yang sempurna. Tetapi, anda tidak perlu meniru sampai sejauh itu. Jadilah diri anda sendiri, natural kerana sang suami pasti lebih senang anda menjadi diri anda sendiri.
Baca Juga: Nafsu Seks Turun Naik
6.Mesti Ada Keyakinan Diri
Anda perlu yakin pada diri anda sendiri, bahawa anda juga seksi . Paling tidak pun, di mata suami anda. Keyakinan diri ini secara tidak langsung akna membuatkan anda kelihatan lebih seksi.
7. Kuasa Ciuman
Ingat ya, jangan memperkecilkan kuasa sebuah ciuman.Dengan satu kucupan sahaja ia sudah mampu meningkatkan rasa ghairah anda dan pasangan. Jadi, jangan melupakannya sama ada ketika mahu memulakan hubungan seks ataupun selepasnya. Lagipun ciuman akan membuatkan akan membuatkan anda berasa lebih intim daripda hubungan seks itu sediri. Selain itu, jangan lupa bisikkan sesuatu yang manis, manja dan menggoda di telinganya.
Baca Juga: Titik Ghairah Lelaki
8. Jangan Malu Untuk Cuba Teknik Baru
Jangan malu-malu atau ragu-ragu untuk mencuba teknik-teknik baru yang berkaitan dengan hubungan seks. Apabila anda dan suami, seronok melakukannya, sudah tentu kedua-duanya dapat beraksi dengan baik. Biarkan emosi anda dan suami terus bermain.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel berguna untuk memantapkan hubungan suami isteri dengan kawan-kawan anda yang sudah berumahtangga.
No Comment