CantikSolekan

6 Gaya Solekan Tepat Buat Anda Yang Berkulit Gelap

gaya solekan - women online magazine

Kredit Foto: hdwallpapersimages

Gaya Solekan. Ramai wanita berkulit gelap berasa kecewa dan rendah diri.Tapi, percayalah warna hitam itu sebenarnya manis! Cuma anda perlu bijak memilih gaya solekan yang tepat.

Jika anda mengikuti tips gaya solekan berikut, anda yang berkulit hitam manis pasti dapat tampil dengan lebih cantik dan menawan.

1. Pilih  Foundation Yang Tepat

Agar sukar untuk memilih foundation yang tepat  dan ramai wanita mengalaminya serta membuat kesilapan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis foundation. Kemudian anda campur ia menjadi satu dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.

 

2. Penggunaan Bedak

Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda pilihlah bedak padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.

 

Baca Juga: Kebaikan Bedak Sejuk

 

3. Jangan Lupa Gunakan Bronzer

Supaya tampak lebih eksotik, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda.

Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapukan hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.

 

4. Memilih Warna Lipstik 

Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda.

 

Baca Juga: Lipstik Matte

 

5. Eyeshadow Pilihan

Penggunaan eyeshadow akan mempercantikan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow  yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau

Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.

 

6. Memilih Pensel Kening

Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semulajadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.

 

Baca Juga: Solekan Kening

 

Tips Ekstra!

Buat anda yang memiliki kulit gelap, perlu menghindari mekap berwarna terang serta yang terlalu pucat. Gunakan ‘pop color’ untuk bereksprimen serta membuatkan kulit anda kelihatan lebih manis dan menggoda.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<<  Ingin tahu cara hilangkan parut jerawat? Klik link ini.  

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Ciri Suami Mithali Yang Dicari

Next post

3 Tips Elak Sembelit Ketika Hamil

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. haiza azira
    February 1, 2016 at 9:35 pm — Reply

    Salam sejahtera,
    Kulit saya jenis hitam manis.untuk pengetahuan keluarga saya jenis yg tak bermekap even bedak pon x pakai.sehinggalah saya berkahwin,nk pkai ap pon x taw.slalu bli produk mekap yg salah.suami pula minta saya untuk brmekap.nk pergi kursus x mampu so sudahnya x mekap lg bgus dr kne perli kn??suami suka lihat wanita lain dan membandingkn nye dngan saya…stress..so nk minx jasa la kalu bole nk tips mekap simple2 je tok org yg kulit hitam ni coz pmilihan colour mekap cukop bnyk..umur saya 23 tahun..kalau bole saya nk yg terbaik tok suami saya…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *